Ramai orang yang kurang berkemampuan terpaksa memilih cara lain untuk menyara kehidupan mereka, biarlah cara yang dipilih itu mengundang risiko kepada kesihatan sendiri.
Menurut laporan dari Social Innovation & Inclusion of Sustainable Development Goals, ramai orang miskin memakan 'pagpag' yang merupakan sejenis daging yang diperoleh dari tempat pembuangan sampah.
Pagpag, istilah yang berasal dari bahasa Tagalog bermaksud mengoncang sesuatu untuk membuang habuk seperti mereka yang mengutip makanan dari tong sampah, digoncang untuk membuang habuk, ulat dan sampah kecil sebelum dimakan.
Di Filipina, masyarakat yang kurang berkemampuan akan mengais sisa makanan dan daging dari tempat pembuangan sampah untuk dicuci, dimasak, dimakan dan dijual sebagai makanan di kalangan masyarakat miskin di mana sekantung pagpag dijual dengan harga RM1.68 hingga RM2.57.
Namun, Suruhanjaya Anti Kemiskinan Kebangsaan (NAPC) Filipina berkata, pengambilan pagpag boleh menimbulkan risiko kesihatan.
"Kita tidak dapat melihat bakteria, betapa kotornya makanan itu selain tidak berkhasiat dan berisiko menjejaskan pertumbuhan kanak-kanak. Bukan itu sahaja, malah berisiko menularkan penyakit berbahaya seperti hepatitis A, kolera," kata jurucakap NAPC, Cristopher Sabal.
Amat menyedihkan apabila melihat keadaan masyarakat miskin di negara itu yang terpaksa berbuat demikian kerana kesempitan hidup. Disebabkan itu, kita perlu berasa bersyukur dengan apa yang kita miliki hari ini biarpun hanya mampu menjamah makanan yang sederhana tetapi bersih dan berkhasiat.
Sumber: Social Innovation & Inclusion of Sustainable Development Goals
from The Reporter https://ift.tt/2U1xFPr
via IFTTT
No comments:
Post a Comment