Seorang penunggang motosikal cedera parah dilanggar sebuah kereta yang melawan arus dalam kejadian yang berlaku di Jalan Rambai, Taman Kota Masai, petang semalam, 31 Mei 2021.
Ketua polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, pemandu kereta Perodua Axia berusia 27 tahun itu telah ditahan di kediamannya semalam pada jam 5.30 petang.
Siasatan awal mendapati, mangsa dalam perjalanan dari Kota Masai 2 menghala ke Jalan Jambu. Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dilanggar kereta Perodua Axia dari arah bertentangan sehingga mengalami patah kaki kanan.
Pemandu Axia dikatakan melarikan diri, namun berjaya dikesan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, lalu ditahan unttuk membantu siasatan.
Ketika disoal siasat, pemandu terbabit mendakwa dia mengantuk ketika memandu menyebabkan kenderaan yang dipandunya terbabas sebelum melanggar motosikal mangsa. Pemandu itu juga didapati tiada lesen memandu.
Mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk mendapatkan rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/3uyQG8t
via IFTTT
No comments:
Post a Comment