loading...
  • Breaking News

    Sunday, June 27, 2021

    'Tiada seorang pun yang bantu suami saya' - Pelanggan ditembak Security Guard sebab cuba masuk ke bank tanpa memakai pelitup muka


    Seorang pelanggan yang cuba masuk ke bank tanpa memakai pelitup muka, ditembak oleh pengawal keselamatan dalam kejadian yang berlaku di Bank of Baroda, Bareilly, Uttar Pradesh, India. 


    Pelanggan berkenaan yang bernama Rajesh Kumar, cuba masuk ke bank tersebut pada jam 11.30 pagi, Jumaat, 25 Jun 2021 sebelum didatangi oleh pengawal keselamatan, Keshav Prasad Mishra, yang menghalangnya dari masuk sehingga berlaku pertengkaran di antara mereka. 


    Rajesh dikejarkan ke hospital, manakala Keshav telah ditahan polis untuk siasatan. Dalam keterangan, kepada polis, Keshav menegaskan dia terpaksa melepaskan tembakan kerana mangsa cuba masuk ke bank itu secara paksaan. 


    Sementara itu, isteri Rajesh, Priyanka memaklumkan, suaminya pergi ke bank tersebut untuk memperbaharui buku akaun bank. 


    "Suami saya pergi ke bank itu untuk memperbaharui buku akaun bank. Dia tidak memakai pelitup muka dan tidak dibenarkan masuk. 


    "Tidak beberapa lama kemudian, dia kembali dengan memakai pelitup muka. Tetapi pengawal keselamatan yang sama sekali lagi tidak membenarkan dia masuk kerana waktu itu adalah waktu makan pagi," katanya. 


    Maka tercetuskan pertengkaran di antara mangsa dan pengawal keselamatan itu sehingga menyebabkan Rajesh ditembak. 


    "Tidak ada seorang pun kakitangan bank yang membantu suami saya. Saya dihubungi oleh anak perempuan yang memaklumkan mengenai kejadian itu. Saya terus bergegas ke bank tersebut dan mendapati suami saya terbaring di lantai tanpa diberi sebarang bantuan. Saya sendiri yang membawanya ke hospital dengan menaiki perkhidmatan beca," katanya. 


    Sumber: Daily Star



    from The Reporter https://ift.tt/3xYDH2c
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment