Foto sekadar hiasan sahaja | Berita Harian |
Baru-baru ini tular luahan seorang pelajar Universiti Awam (UA) yang kesal dengan tindakan pihak universiti mengarahkan semua pelajar masuk 100 peratus semester depan.
Arahan itu secara tidak langsung telah mendatangkan beban kerana ada pelajar yang tidak berkemampuan menyewa rumah kerana kos yang dikenakan terlalu tinggi dan di luar kemampuan mereka.
"Saya tak tahu nak luah kat siapa dah dan apa jalan penyelesaiannya. Salah satu universiti awam terkemuka meminta student masuk 100 peratus semester depan. Tetapi ramai yang tak dapat kolej dan terpaksa menyewa.
"Ada juga yang tak ada rumah sewa langsung. Saya misalnya, susah mencari rumah sewa sebab mahal, deposit tinggi, jauh (tiada kenderaan sendiri)," kata pengadu.
Menjelaskan lebih lanjut, pengadu mengakui keluarganya susah dan terpaksa meminjam wang daripada ceti haram untuk menanggung pembelajarannya.
"Saya ni susah, parent pun terpaksa pinjam Ah Long untuk tanggung pembelajaran saya. Rumah sewa bukan murah, ada yang minta deposit RM1,200. Apa perlu saya buat sekarang ini?" katanya.
Difahamkan, pengadu pernah membuat aduan kepada pihak UA berhubung permasalahan yang dihadapi. Namun, maklum balas yang diterima sangat mengecewakan.
Pengadu mendakwa, pihak UA dilihat tidak berminat untuk membantunya dan dia diminta belajar untuk menyelesaikan masalah itu sendiri dan bersyukur kerana diberi peluang untuk belajar di UA dengan yuran yang murah.
"Kenapa kami pelajar dilayan sebegini? Apa salah kami? Kesihatan mental kami macam mana? Saya salah seorang penghidap major depressive disorder (MDD). Isu ini membuatkan saya buntu dan ada rasa nak b***h diri.
"Saya tak tahu apa jalan penyelesaiannya. UA nak suruh pelajar pacak khemah depan kampus ke apa? Nak suruh pelajar jalan kaki ke kampus?" katanya.
Sementara itu, netizen mengakui sesetengah UA memang tidak 'berhati perut' membiarkan pelajarnya berdepan dengan masalah sedemikian.
Namun, netizen menasihatkan pengadu untuk tidak berputus asa dan mencari bilik sewa atau menumpang seketika di rumah kawan untuk sementara waktu.
"Ini namanya cabaran hidup dik. Ada yang susah senasib dengan awak pergi buat kerja part time bagai. Hidup ini tak semudah yang disangkakan pun. Jangan nanti dah habis belajar, marah sebab susah nak dapat kerja, marah tak ada rumah sewa, marah tak ada kereta, semua benda nak marah," kata Laut Biru.
"Kalau sampai nak bunuh diri, parent kena bergolok-gadia pinjam ceti haram, tak payahlah. Suruh si anak itu kerja dulu. Nanti dua-dua stress dik. Fikir macam mana nak survive dulu. Education kemudian," kata Rohana.
Sumber: Twitter Pedoq
from The Reporter https://ift.tt/JmdqwD5
via IFTTT
No comments:
Post a Comment