loading...
  • Breaking News

    Friday, September 16, 2022

    'Mummy rindu suara, gelak ketawa daddy' - Nooryana Najib



    Nooryana Najwa, anak perempuan Najib Razak yang dipenjara 12 tahun atas kesalahan menyeleweng dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd, berkongsi mengenai keadaan ibunya, Rosmah Mansor, yang dikatakan amat merindui suaminya. 


    Sejak Najib dipenjara, Yana cuba menemani ibunya sekerap mungkin bagi mengubati kekosongannya. 


    "Daddy tidak ada di sisi kami, tidak di rumah lagi kini. Saya cuba menemani Mummy sebanyak mungkin, mengubati rindunya dengan kekosongan di rumah. Adakalanya waktu tidur juga supaya katil di sebelah Mummy tidak rasa kosong sangat.


    "Sempat mengambil gambar ini waktu Subuh tadi. Mummy seorang isteri yang sangat merindui suara, gelak ketawa, keceriaan suaminya di sisi. 


    "Seorang ibu yang kini memikul tanggungjawab ketua rumah kami buat sementara waktu dan pada masa sama juga memperjuangkan keadilan buat  dirinya. 


    "Seorang nenda yang sentiasa cuba memikirkan bagaimana menjawab soalan cucunya apabila ditanya 'dimana atuk?'. 


    "Seorang yang memahami perjuangan dan laungan Bossku, sentiasa berada di sisinya sepanjang masa ini, waktu suka dan dukanya. 


    "Dan sebagaimana saudara-saudari semua, mummy juga percaya bahawa DSN berhak mendapat keadilan dan mahukan keadilan penuh dan menyeluruh untuknya. 


    "Kita akan terus berusaha dan berdoa untuk kesihatan dan kebebasan DSN agar dapat ketenangan dan kedamaian di masa DSN sudah berumur kini," katanya. 



    Di ruangan komen, netizen mendoakan urusan Yana sekeluarga dipermudahkan dan tabah menghadapi dugaan ini.




    Sumber: IG YanaNajib

    from The Reporter https://ift.tt/1OdtIDr
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment