Bersempena penganjuran Program Keusahawanan Wanita Bangkit, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun, memuat naik video promosi yang menonjolkan pelakon Datuk Rosyam Nor.
Dalam video berdurasi 40 saat itu, Rosyam mengajak golongan wanita hadir ke program tersebut yang diadakan di world Trade Centre (WTC).
"Bangun lambat, bangun lambat, semuanya lambat. Perempuan ni, wanita ni semuanya lambat. Eh bangkitlah! Bangkit! Bangun daripada tidur! Besok dekat WTC, ada program aku dengan Datuk Seri Rina dengan KPWKM.
"Besok siapa-siapa nak masuk, korang datang je dekat sana. Pukul 9 pagi, korang jumpa aku, aku nak belasah kepala korang. Amacam Datuk Seri? Balik dulu..." kata Rosyam.
Rina kemudian membalas, "Datuk, saya nak beritahu. Kita selalu dengar, di sebalik kejayaan lelaki, ada wanita hebat di sebelahnya. Tetapi di sebalik kejayaan seorang wanita, belum tentu ada lelaki di sebelahnya."
"Tetapi kalau wanita yang menangis, siapa yang pujuk?" kata Rosyam yang terus keluar dari bilik Menteri KPWKM.
@dsrinaharun Wanita selalu lambat? Jom sertai Program Keusahawanan Wanita Bangkit @ KPWKM yang akan diadakan di World Trade Centre bermula pukul 9 pagi esok. @Rosyam Nor #RinaHarun #ToWorkToEngage #KPWKMPrihatin #fyp #fypã‚· ♬ original sound - Rina Harun
Bagaimanapun, video tersebut mengundang rasa tidak puas hati netizen berhubung penggunaan ayat yang dikatakan telah mengguris hati golongan wanita. Bukan itu sahaja, netizen turut kesal dengan Rina menggunakan cara sedemikian untuk menghebahkan program tersebut.
Bekas timbalan menteri KPWKM, Hannah Yeoh (DAP), turut menyelar Rina yang dikatakan memperlekeh dan mempergunakan kumpulan sasaran itu untuk tujuan promosi.
"Cukuplah tiga tahun menjadikan KPWKM ini sebagai bahan gurauan. Saya sedih melihat agensi, pegawai kerajaan dan kumpulan sasar KPWKM digunakan seperti ini.
"Kalau Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob betul-betul serius mengenai perjuangan Keluarga Malaysia, gugurkanlah menteri sebegini yang memperlekehkan peranan wanita.
"Yang harus bangun daripada tidur adalah Rina Harun dan timbalannya. Tiga tahun sudah melebihi tempoh percubaan untuk mereka bangkit buat kerja," katanya.
"Menteri gila glamer, kerja satu pun tak buat. Disgusting video," kata Sharifah Shahidah.
"Kepala jamban dia, perempuan mana bangun lambat? Dia tak tahu pagi-pagi perut dah berbunyi kelaparan, nak tidur sampai tengah hari apa mendenya?" kata Nurida Ardy.
"Kementerian gila, gila publisiti. Mentaliti kelas ketiga, macam manalah negara nak maju. Ada kau nampak kementerian di negara-negara Eropah, UK, Kanada, US, Australia, New Zealand buat kerja bodoh macam ni?" kata Suraya Aziz.
"Menyampah aku tengok orang tak ada idea nak promote program ni. Risaulah tu nanti program hambar," kata Zizi.
"Euww.. promote apa gaya gengster macam ni? Awak tu dah tua Rosyam, buatlah cara matang," kata Lipas.
"Kutuk wanita depan Menteri Wanita yang senyum wanita kena kutuk," kata Bo Morello.
"Kepada kaum wanita, menteri pun senyum setuju yang anda semua ini sebagaimana yang dikatakan oleh pelakon tersebut. Sendiri mau ingat. You're second class already. Not my saying, it's them," kata Sam.
Sumber: Twitter PoliticoMY
from The Reporter https://ift.tt/cz7KAxo
via IFTTT
No comments:
Post a Comment