Foto Benar News |
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan dalam sedikit masa saja lagi.
"Bila tarikh dia, saya percaya sikit saja lagi.. tak lama lagi. Saya mendengar dengan jelas (suara yang mahukan PRU15 diadakan). Top Five (UMNO) ada di sini dan dalam waktu terdekat kita akan berjumpa untuk berbincang.
"Kita mesti menang, itu yang paling penting. Kalau PRU diadakan kita tak mampu menguasai kerusi untuk membentuk kerajaan, kita akan kembali seperti PRU14," katanya semasa berucap pada pelancaran jentera Pemuda BN di Stadium Titiwangsa, kelmarin.
Bagi Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi pula menegaskan, dia mempunyai 'chemistry' yang sangat baik dengan Ismail dan percaya gabungan mereka kuat untuk bertempur bersama dalam PRU15.
"Ramai tengok bahasa tubuh antara saya dan beliau, malah seluruh negara perhatikan. Kita tak ada masalah peribadi asalkan PRU15 dibuat tahun ini. Chemistry saya dan beliau adalah kental, kita harus membina kekuatan," katanya.
Dalam pada itu juga, Zahid menegaskan sekiranya Barisan Nasional (BN) menang dalam PRU15, jawatan Perdana Menteri akan terus dipegang oleh Ismail Sabri.
"Saya secara konsisten menyatakan bahawa BN akan terus mewujudkan negara bangsa, bangsa Malaysia, apatah lagi jika PM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meneruskan tugas sebagai Perdana Menteri," katanya ketika berucap merasmikan Bridge MIC di Stadium Axiata Arena, semalam.
Sementara itu, Pemuda UMNO dan BN menyatakan sokongan penuh terhadap Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri atas dasar percaya dan yakin dengan usaha yang dibuat oleh kerajaan hari ini adalah usaha untuk membantu rakyat.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/NBAMSkF
via IFTTT
No comments:
Post a Comment