loading...
  • Breaking News

    Monday, November 7, 2022

    'Orang Ampang kenal saya' - Zuraida confident akan menang bergaya di kerusi Parlimen Ampang | Korang rasa?



    Walaupun yakin rekod prestasinya di Parlimen Ampang memberi kelebihan untuk mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Datuk Zuraida Kamaruddin tetap memperhebat aktiviti kempennya kerana kali ini beliau tampil dengan logo baharu sebagai calon Parti Bangsa Malaysia (PBM).


    “Orang Ampang kenal saya, tengok nama Zuraida selalunya tak ingat logo pun. Sebab itu saya kata Zuraida itu sudah menjadi jenama di Ampang, jadi saya gunakan jenama saya sebagai ahli Parlimen dan menteri,” katanya ketika ditemui ketika mengadakan walkabout di Jalan Besar Ampang hari ini.


    Memasuki hari ketiga berkempen, Zuraida berkata respon yang diterima daripada pengundi melalui kempen secara bersemuka dan ceramah yang dijalankan adalah positif memandangkan penduduk Ampang sudah lama mengenalinya.


    “Selama saya berkhidmat di Ampang ini, saya sudah banyak berinteraksi termasuk menyelesaikan masalah mereka, menyampaikan bantuan semasa pandemik COVID-19. Semua itu mereka iktiraf dan menyuarakan sokongan kepada saya tetapi saya tidak anggap itu sebagai jaminan,” katanya.


    Zuraida berkata beliau yakin pengundi Ampang sudah matang dan boleh menilai perkhidmatannya sebagai wakil rakyat kawasan itu terutamanya dalam aspek pendidikan.


    Pada PRU15, Zuraida yang menyandang kerusi Parlimen Ampang selama tiga penggal, dicabar calon Barisan Nasional (BN) Ivone Low Yi Wen, Perikatan Nasional (PN) Sasha Lyna Abdul Latif, Bryan Lai Wai Chong (Warisan), Nurul Ashikin Mabahwi (Pejuang), dan Rodziah Ismail (Pakatan Harapan).


    Tiga lagi adalah calon Bebas iaitu usahawan M. Raveendran, Muhammad Shafiq Izwan Mohd Yunos, dan Tan Hua Meng, yang bertanding di bawah Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada PRU14.


    Zuraida mengulangi pendirian untuk menyokong kerajaan yang akan dibentuk selepas PRU15 nanti tanpa mengira gabungan politik bagi memastikan kebajikan pengundi Ampang terbela.


    - Bernama



    from The Reporter https://ift.tt/xrPR3bz
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment