loading...
  • Breaking News

    Wednesday, November 9, 2022

    (Video) 'Bersalam dengan golongan artis boleh merosakkan roh & jiwa,' - kata pendakwah kontroversi



    Sebelum ini, wanita yang dikenali sebagai Siti Afifah Shahbudin melabelkan lelaki yang membiarkan isterinya bersalin disambut oleh doktor lelaki sebagai suami dayus, mengundang banyak reaksi orang ramai. 


    Kali ini, tular pula video wanita yang sama mengatakan bahawa perbuatan bersalam dengan golongan selebriti boleh merosakkan jiwa dan roh seseorang itu. 


    "Orang dulu-dulu berebut nak salam ulama, bukannya berebut-rebut nak salam artis. Bersalaman dengan artis boleh merosakkan roh dan jiwa. 


    "Tetapi jika berjumpa dengan orang-orang yang rajin beribadah, jumpa dengan orang tua kita ada roh dan jiwa tersendiri," katanya dalam video yang sedang viral di TikTok. 


    @sunnahtidakberbohong #aurasalam #sunnahtidakpernahbohong ♬ bunyi asal - Siti Afifah Shahbudin


    Kenyataan Siti Afifah itu sekali lagi mengundang reaksi orang ramai, termasuk selebriti tempatan iaitu Datuk Hattan dan Aishah. 


    "Bersalam dengan artis hilang roh, hina benar kami di mata anda kan? Main sedap mulut bercakap. Ingat artis ini standard dia macam mana? Ingat artis ini binatang ke? Najis mughallazah ke?


    "Kita ni jenis tak gemar menunjuk tetapi 90 peratus artis di Malaysia semua dah sampai ke Tanah Suci sama ada umrah atau buat haji. 


    "Nak tarbiah boleh, nak bagi nasihat boleh tetapi gunalah bahasa yang betul. Kalau salam batal air wuduk bukan muhrim, itu kita boleh faham. Tapi kalau cakap salam hilang roh macam hina benar golongan artis. 


    "Bercakap tu biar fikirlah. Ingat lebam di dahi jaminan ke syurga ke?" kata Hattan. 



    Sementara itu, Aishah berpendapat cara wanita itu menyampaikan dakwahnya boleh menimbulkan rasa kurang senang orang ramai. 


    "Ustazah hina golongan kami, patutnya selebriti ini awak bimbing, bukan kata begitu. Kenapa kata apabila bersalaman dengan artis, roh orang itu akan hilang? 


    "Ustazah dah hina sekelompok artis yang terpalit dengna apa yang ustazah cakap. Sanggup ke nak cari kami di akhirat nanti?" katanya. 



    Majoriti netizen menyelar kenyataan Siti Afifah yang dianggap hanya pandai bercakap dan menjatuhkan hukum sesuka hati. 




    Sumber: TikTok Siti Afifah, IG Hattan, IG Aishah

    from The Reporter https://ift.tt/cOS0iGY
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment