Sepasang kekasih yang baru sahaja menjalinkan hubungan setelah berkenalan melalui Facebook, dicekup berkhalwat tengah malam Khamis, 4 November lalu di Taman Kucai, Lunas.
Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Shariffudin Mat Saad berkata, pihaknya menyerbu rumah tersebut pada jam 12.35 pagi dan pemeriksaan menemui lelaki berusia 29 tahun yang masih bujang dan bekerja di sebuah bengkel besi di Pulau Pinang.
Pasangannya pula, wanita berusia 34 tahun dan berstatus janda (tiada anak) sejak tiga tahun lalu, menetap di Sungai Petani serta tidak bekerja.
"Mereka mengaku berkenalan melalui Facebook kira-kira empat bulan lalu," katanya.
Pasangan itu disyaki berdua-duaan dalam rumah sehingga menimbulkan syak berlakunya maksiat. Mereka juga gagal menunjukkan sebarang dokumen yang membuktikan mereka mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.
Pasangan terbabit dibawa ke Balai Polis Kulim Hi-Tech untuk dibuat laporan tangkapan sebelum diambil keterangan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 25 (a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/0zgNRbx
via IFTTT
No comments:
Post a Comment