loading...
  • Breaking News

    Thursday, May 18, 2017

    Anak tikam bapa sampai mati kerana mengesyaki mangsa mempunyai hubungan intim dengan isterinya

    Foto hiasan | Google Images
    TAWAU, SABAH - Seorang lelaki yang berang mengesyaki bapanya mempunyai hubungan intim dengan isterinya bertindak menikam ayahnya sehingga maut di Kampung Sungai Gading Wakuba, hari ini, lapor Harian Metro

    Mangsa, Ali Nordin, 56, disahkan meninggal dunia di ruang tamu rumah tersebut dalam kejadian yang berlaku lebih kurang jam 3 pagi tadi. 

    Menurut sumber Harian Metro, sebelum kejadian itu, mangsa dikatakan mengunjungi rumah anaknya yang kemudian berlaku pertengkaran di antara mereka sebelum suspek menikam perut mangsa dengan senjata tajam. 

    "Suspek kemudian keluar dari rumah dan menikam bahagian perutnya sendiri," katanya. 

    Suspek yang cedera dihantar ke Hospital Tawau untuk rawatan. 

    Polis menemui sebilah pisau dan parang yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk ketika kejadian itu. 

    "Kejadian dipercayai berlaku kerana suspek mengesyaki bapanya mempunyai hubungan intim dengan isterinya," katanya. 

    Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan. 

    "Suspek berusia 27 tahun sedang dirawat di Wad Kecemasan Hospital Tawau kerana mengalami pendarahan teruk di bahagian perut. 

    "Siasatan masih dijalankan dan suspek disyaki dibawah pengaruh dadah ketika kejadian," katanya. 


    from The Reporter http://ift.tt/2ri1Gux
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment