loading...
  • Breaking News

    Saturday, May 20, 2017

    Lelaki rogol & tikam kemaluan 23 mangsanya hanya kerana dendam terhadap wanita


    MAKASSAR, INDONESIA - Polis Indonesia menembak mati seorang perogol bersiri yang didapati bersalah selepas melarikan diri bersama beberapa banduan lain dari sebuah penjara di Makassar kira-kira dua minggu lalu, lapor Harian Metro

    Ikbal, 32, didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati pada tahun lalu oleh sebuah mahkamah di Luwu Tiumur, Sulawesi Selatan, kerana merogol sebelum menikam kemaluan 23 wanita yang menjadi mangsanya. Salah seorang mangsanya meninggal dunia kerana kehilangan darah yang banyak. 

    Jurucakap polis berkata, Ikbal ditembak mati ketika cuba ditangkap dalam satu serbuan di Poso, Sulawesi Tengah kelmarin. 

    Kematian lelaki itu menghilangkan ketakutan penduduk terutamanya wanita yang masih trauma dengan jenayah kejam lelaki terbabit. 

    Difahamkan, Ikbal melakukan jenayah tersebut pada tahun 2015 dengan menceroboh rumah penduduk sebelum merogol wanita. Tidak cukup dengan itu, Ikbal juga turut menikam kemaluan mangsanya dengan pisau. 

    Ketika dibicarakan, Ikbal memberitahu mahkamah yang dia bertindak demikian kerana dendam terhadap golongan wanita. - The Reporter


    from The Reporter http://ift.tt/2q2AprZ
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment