Pengiraan dos ubat demam kanak-kanak - Paraceatamil suspension
15mg/kg berat anak/dose
Jika berat anak 11kg
15mg x 11kg = 165mg
Di pasaran terdapat dua jenis kekuatan ubat paracetamol iaitu 120mg/5ml dan 250mg/5ml. Pastikan ibu-ibu semua tahu kekuatan ubat sebelum kira ya.
Bagi kekuatan 250mg/5ml
*5÷250 × 165mg*
- Perlu minum 3.3ml 3kali sehari
Bagi kekuatan 120mg/5ml
*5÷120×165mg*
- Perlu minum 6.8 ml 3 kali sehari
Pastikan ibu-ibu semua membuat pengiraan dengan betul dos ubat agar anak diberikan ubat yang mencukupi berdasarkan berat anak. Ini penting untuk pastikan tidak berlaku 'underdose' mahupun 'overdose'.
Nota: Ubat demam tidak perlu simpan dalam peti sejuk ya. Simpan sahaja dalam suhu bilik di dalam almari yang jauh dari capaian kanak-kanak.
Selepas botol dibuka, boleh digunakan sehingga 1 bulan. Ibu-ibu boleh tulis tarikh buka pada botol ubat. Jika belum buka, boleh digunakan sehingga tarikh luput yang tertera pada botol.
Semoga anak-anak kita semua sentiasa dalam jagaan Allah swt. Kita berusaha Allah jua penyembuhnya.
Huda Azmin
Ummu Huzair Humaidi Husaini
Puan Farmasis Gomen
from The Reporter http://ift.tt/2rfjvL1
via IFTTT
No comments:
Post a Comment