MELAKA - Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun maut dipercayai terkena renjatan elektrik dari telefon bimbitnya yang sedang dicas menggunakan powerbank, lapor Harian Metro.
Dalam kejadian jam 8.10 pagi semalam di kediamannya di Taman Merbok, Bukit Baru, mangsa, Syamirul Armizie Adenan, 19, ditemui meninggal dunia di bilik tidurnya oleh ibunya, Suriah Rahim, 48, dengan kesan kulit melecet pada bahagian bahu kiri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, kejadian itu disedari ibunya apabila anaknya itu tidak membuka pintu bilik selepas diketuk berulang kali dan memaksanya membuka pintu itu dengan kunci pendua.
"Mangsa ditemui dalam keadaan baring sambil menggunakan fon telinga bersambung pada telefon pintar yang masih dalam keadaan bercas pada sebuah powerbank.
"Ibu mangsa yang juga seorang jururawat menemui kesan melecet pada bahagian bahu kiri mangsa dan powerbank berada berdekatan bahu kirinya.
"Dia cuba menggerakan badan anaknya itu, namun mangsa sudah tidak bernyata," katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut. - The Reporter
from The Reporter http://ift.tt/2r8Davf
via IFTTT
No comments:
Post a Comment