"Dalam tempoh tiga bulan sahaja, Dennis dapat mengikuti segala pembelajaran dengan baik dan cemerlang termasuk berupaya menghafal 10 surah terakhir dari al-Quran, Doa Qunut serta Ayat Kursi."
Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim berkata sedemikian ketika mempersembahkan laporan mengenai pembelajaran agama Islam oleh Dennis Muhammad Abdullah, 28, kepada Sultan Johor pada 5 Julai lalu, lapor Bernama.
Menurutnya, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan dan berpuas hati dengan pencapaian pembelajaran agama Islam bakal suami puteri tunggalnya iaitu Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah.
Sejak awal Mac lalu, Dennis dibimbing sekumpulan ustaz dari Jabatan Agama Islam Johor( JAIJ), kata Ismail kepada pejabat media dan komunikasi rasmi Keluarga Diraja Johor, Royal Press Office.
Tambahnya, Dennis diberi bimbingan melalui satu modul pembelajaran agama Islam yang intensif dan sistematik bagi membolehkan beliau mempelajari al-Quran, fardu ain, pengajaran Bahasa Melayu, protokol dan istiadat Diraja Johor, penulisan Jawi serta penerangan mengenai struktur organisasi kerajaan negeri Johor.
Pengajaran fardu ain Dennis merangkumi tertib solat, Rukun Iman dan Rukun Islam, puasa, zakat serta haji.
Ismail berkata, Dennis tidak pernah lupa menunaikan solat Jumaat, malah dia tidak pernah ketinggalan menunaikan solat Tarawih sepanjang bulan Ramadan lalu.
Menurut kenyataan Royal Press Office pada Selasa, Ismail dan isteri, Datin Zawaiah Mohamed dilantik sebagai keluarga angkat Dennis sejak awal Februari lalu selepas diperkenan Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofia Almarhum Sultan Idris Shah.
Terdahulu, jejaka dari Belanda itu memeluk Islam pada 31 Mei 2015 dan bakal melangsungkan perkahwinan dengan Tunku Tun Aminah di Istana Bukit Serene pada 14 Ogos.
Sumber: CARI
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2eMRntA
via IFTTT
No comments:
Post a Comment