Mengajar anak melakukan tugasan rumah amatlah digalakkan, namun ia perlu mengikut peringkat umur. Juga ibu bapa tidak perlu menekan mereka untuk melakukannya, cukup sekadar memberi panduan asas agar mereka faham dan perlahan-lahan mereka akan menjadikan tugasan itu sebagai tanggungjawab mereka.
Bagi memudahkan ibu bapa di luar sana, Puan Farahliza Ismail, sediakan beberapa checklist mengikut kesesuaian kanak-kanak. Boleh dicetak juga untuk ditampalkan di bilik anak masing-masing sebagai peringatan setiap hari. Semoga bermanfaat.
CHECKLIST KERJA RUMAH MENGIKUT KESESUAIAN UMUR ANAK
Bila tengok anak-anak kecil ni da mula pandai tiru apa yang ibu ayah buat kerja rumah. Comel rasa. Rasa dah besar dah anak ni. Da boleh dah nak tambah lagi sorang. Ecececeh.
Gambar-gambar ni sebagai Checklist buat ibu dan ayah sahaja. Boleh jadi ada anak-anak yang sudah boleh buat lebih daripada tugasan ni dan sebaliknya. Syukur Alhamdulillah.
Perhatikan perkembangan anak mengikut usia seawal dua tahun hingga 12 tahun dan ke atas. Boleh dijadikan sebagai penanda aras dan panduan ringkas.
Tak dinafikan ada anak kecil seawal usia 1 tahun da boleh buat kerja rumah sikit-sikit seperti kemas mainan sendiri. Sibuk juga nak susun pinggan mangkuk atas meja. Dia pun nak cuba menyapu juga. Tengok kepada kemampuan anak-anak.
Setiap anak berbeza kemampuan dan kematangannya. Ada anak kuat otot badannya. Aktif kemain. Semua dia nak buat sendiri. Semua dia nak cuba. Ibu ayah hanya pantau keselamatan anak-anak dan sekelilingnya. Beri anak rasa cuba buat sendiri. Hasilnya nanti, ibu ayah tersenyum bangga.
- Terima kasih kakak rajin tolong Ibu lipat baju.
- Terima kasih abang bantu ayah basuh kereta.
- Terima kasih Adik sama-sama tolong kemas mainan.
BEST kannn?
Checklist ini hanya sebagai penanda aras sahaja. Tiada salah dan tiada betul. Ikut kemampuan anak-anak. Penanda aras, usia gini da boleh buat kerja rumah sekian-sekian. Ibu ayah boleh beri peluang anak meneroka. Boleh minta anak buat sendiri. Berdikari sendiri untuk kesenangan anak juga di masa depannya.
Selepas anak buat kerja rumah ni, ibu ayah boleh beri ganjaran buat mereka. Ganjaran ni, ikut kemampuan ibu ayah. Kak Farah suka beri ganjaran yang PERCUMA dan ISTIMEWA seperti pelukan dan quality time. Lebih-lebih lagi anak kecil kan. Kita puji dia dapat kemas mainan sampai habis. Sambil peluk dan lambung tinggi-tinggi. Seronok kemain anak kecil tu. Siap request nak lambung banyak kali. Hehehe.
Untuk anak yang besar yang sudah bersekolah ni, bolehlah sekali sekala beri upah atau mainan. Ikut kreatif ibu ayah nak bagi apa. Reward ni sebagai kita menghargai usaha anak buat kerja rumah tadi. Anak akan rasa istimewanya dia di mata ibu dan ayah. Lepas ni seronok lagi nak buat dengan rela hati bukan sebab ganjaran lagi.
Cadangan lain, ibu ayah boleh print gambar ni. Atau buat list sendiri. Tampal sticker comel di tugasan yang sudah anak buat. Riang ceria anak nak tampal sticker. Biarkan anak yang tampal sendiri sticker tuu sesambil ibu beri kata-kata SEMANGAT dan PUJIAN. Adik BERJAYA. YEAYYY!!
Mudah je kann. Senang je. Okay, ibu dan Ayah Selamat Mencuba!
#SHARE banyak-banyak CHECKLIST ni. Semoga beri manfaat kepada semua ibu ayah. Sebarkan KEBAIKAN disekeliling kita.
#TAG kawan-kawan lain. Diorang pun nak baca checklist buat si COMEL kat rumah tuu.
from The Reporter http://ift.tt/2wEcjLa
via IFTTT
No comments:
Post a Comment