Nur Amalina Che Bakri, nama yang pernah menggegarkan negara pada suatu masa dulu apabila dia dinobatkan sebagai pelajar terbaik SPM 2004.
Gadis pintar ini mendapat keputusan 17A1 dalam SPM sekaligus menjadi sesuatu yang luar biasa ketika itu dan menjadi kejutan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Amalina juga berjaya memperoleh ijazah berkembar iaitu Ijazah Universiti Edinburgh Scotland (Ijazah Sains Biomedik dalam Farmakologi dan Ijazah Perubatan). Amalina juga pemegang Sarjana di Universiti Cambridge (Kepujian Kelas Pertama) bagi kursus translasi peribatan dan terapeutik.
Namun, tular sejak kebelakangan ini mengenai perubahan drastik gadis ini. Amalina dikatakan memiliki imej yang hampir sama dengan selebriti Hollywood, Kim Kardashian.
Penampilan seksi yang dibawa oleh gadis pintar ini yang membuatkan dirinya dikatakan menyerupai Kim Kardashian.
Gadis ini menanam impian untuk menjadi perunding kanser dan pakar bedah serta onkoplastik pada masa akan datang.
Terkini, Amalina difahamkan sedang menjalani latihan di surgical trainee di The Royal College of Surgeons of England dalam bidang kanser payudara dan onkoplastik.
Semoga terus maju jaya dan membantu lebih ramai orang, Dr Amalina.
Sumber: Siakapkeli
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2vonF1x
via IFTTT
No comments:
Post a Comment