loading...
  • Breaking News

    Monday, August 28, 2017

    Berang cinta tak berbalas, lelaki buang wanita kesayangan dari tingkat 19


    CHINA - Seorang lelaki didakwa di mahkamah Rabu lalu atas tuduhan membunuh seorang wanita yang menolak cintanya dengan membuangnya dari tingkat 19 bangunan kediaman. 

    Tertuduh berusia 27 tahun dari Hangzhou itu, difahamkan telah menyimpan perasaan terhadap wanita berkenaan selama 8 tahun sebelum bertindak membunuhnya. Tertuduh juga dikatakan menaruh rasa cinta pada wanita itu sejak dari bangku sekolah lagi di mana kedua-duanya merupakan rakan sekelas. 

    Lapor South China Morning Post, tertuduh dan wanita kesayanganya itu sebelum ini amat rapat. Selepas tamat persekolahan, mereka bersama-sama meninggalkan negara asal untuk menyambung pengajian di Amerika Syarikat. 

    Sejak dari itu, mereka menjadi semakin rapat dan kerap menghubungi sesama diri dan wanita itu akan sentiasa menceritakan perkembangan dirinya pada lelaki terbabit. 


    Bagaimanapun, dia menolak lamaran lelaki itu untuk bercinta. Sebaliknya meminta ruang dan masa untuk mengenali hati budi masing-masing. Enggan berputus asa, lelaki itu kemudian cuba memenangi hatinya dengan menghadiah barang-barang berharga seperti beg tangan dan barang kemas. 

    Pada Januari 2017, tertuduh berpindah ke Hangzhou, dipercayai untuk mendekati wanita berkenaan. Dari situ, kedua-dua mereka mula menjadi rakan serumah yang juga tinggal bersama seorang lagi rakan wanita. 

    Suatu hari, hubungan mereka menjadi tegang apabila lelaki itu menemui gambar wanita terbabit bersama lelaki lain yang diletakkan di meja biliknya. 

    "Saya kejar dia untuk lapan tahun dan dia tidak pernah bersetuju untuk merakam gambar dengan saya," kata tertuduh pada mahkamah. 

    Dalam pengakuannya, tertuduh memaklumkan dia terdengar wanita itu bercakap tentang dirinya pada telefon, yang mengatakan dia tahu tertuduh cuba menagih cinta daripadanya, tetapi malangnya tertuduh bukan lelaki pilihannya. 

    "Saya tidak dapat tidur pada malam itu dan terasa sakit yang tak terkata," katanya. 


    Menurut laporan polis, siasatan juga mendapati lelaki itu pernah mencari kata kunci 'suicide' dan 'sentence for murder' di internet yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kematian mangsa. 

    Pada pagi keesokan harinya, lelaki itu menyerbu ke dalam bilik dan mengangkat mangsa sebelum membuangnya dari balkoni kediaman mereka di tingkat 19. 

    Difahamkan, mahkamah masih lagi membicarakan kes tersebut dan hukuman masih belum ditentukan untuk kesalahan tertuduh. 


    from The Reporter http://ift.tt/2wVKCwz
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment