Satu peristiwa yang menyayat hati. Seorang wanita yang bekerja untuk menampung kos perubatan ayahnya maut. China – Keluarga gadis berusia 15 tahun berasa terkilan terhadap apa yang telah terjadi kepada anak perempuan mereka. Menurut mereka, beliau meninggal dunia 10 hari kemudian selepas dihukum oleh bosnya kerana lewat ke kerja.
Remaja yang dikenali Xiao Fei dipaksa melakukan 100 kali squat kerana beliau gagal tiba awal ke tempat kerja. Laporan mengatakan beliau meninggal dunia akibat kegagalan pernafasan.
Xiao Fei, 15 tahun, berhenti sekola dan meminjam pengenalan diri daripada rakannya yang lebih tua untuk membolehkan beliau bekerja. Beliau terpaksa bekerja kerana ingin menampung kos perubatan bapanya. Beliau bekerja dengan syarikat hartanah, Qfang.
Pihak syarikat menyangkal ‘hukuman’ tersebut telah menyebabkan beliau meninggal dunia
Pengurus syarikat dikenali sebagai Li menyatakan bahawa ia bukan merupakan hukuman sebaliknya senaman. Li mengaku bahawa dirinya menyuruh Xiao Fei untuk melakukan 100 kali squat.
Encik Jiang, bapa kepada Xiao Fei menegaskan bahawa ia adalah hukuman kerana anak perempuannya lewat tiba ke tempat kerja dan beliau dipaksa melakukan squat.
Bapanya menjelaskan apa yang berlaku selepas hukuman itu:
“Anak saya berasa tidak sihat selepas melakukan hukuman tersebut dan saya membelinya ubat, tetapi beliau tidak menggerakkan kakinya.”
Sehari selepas itu, beliau tidak mampu untuk mengangkat tangan dan pengsan. Beliau kemudian jatuh sakit dan lumpuh. Beliau digegaskan ke hospital dan dimasukkan ke ICU dan kemudian beliau meninggal dunia.
Doktor mengatakan bahawa beliau menghidap sindrom Gullain-Barré, merupakan gangguan sistem saraf yang serius
Sementara itu, peguam menegaskan bahawa syarikat tersebut tidak menyedari yang mereka telah menggajikan pekerja yang belum cukup umur
Sumber: ERA BARU
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2vAQzvJ
via IFTTT
No comments:
Post a Comment