Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) restoran itu kejadian itu kemudian viral di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
Berdasarkan video, kanak-kanak berkenaan duduk di kerusi bersebelahan dengan lorong atau laluan dan ibunya duduk disebelah kanannya, serta bapanya di hadapan.
Mangsa dilihat sedang asyik bermain telefon bimbit sementara menunggu hidangan mereka dihantar. Dalam masa yang sama, datang seorang pelayan yang sedang membawa periuk yang mengandungi sup panas dan ketika berjalan menghampiri meja keluarga berkenaan, dia secara tiba-tiba tergelincir.
Keadaan itu menyebabkan periuk sup yang dipegangnya tidak stabil lalu terlepas dari tangannya dan terjatuh ke atas meja. Kocakan air sup yang tidak menentu itu kemudian tersimbah pada seluruh badan mangsa.
Mangsa yang terkejut itu kemudian menggelupur kepanasan lalu diangkat oleh ibunya. Sementara bapanya membuang periuk itu ke lantai dan segera mendapatkan anaknya.
Pelayan terbabit tergamam dan kelihatan cuba meminta maaf di atas apa yang berlaku. Namun pasangan itu tidak mengendahkannya kerana sudah panik dengan kejadian yang menimpa mangsa.
Menjelaskan wap yang terhasil seperti yang dirakam dalam video, pemiliknya menjelaskan wap itu terhasil dari periuk yang panas itu, bukannya wap dari sup tersebut.
Bagaimanapun, pemilik restoran berkata dia telah berbincang dengan ibu bapa mangsa dan akan menanggung kos rawatan mangsa dan dibayar pampasan di atas apa yang berlaku.
Sementara itu di media sosial, netizen menasihatkan ibu bapa tidak sepatutnya meletakkan anak mereka di kerusi di sebelah luar kerana kejadian seumpama itu boleh berlaku pada bila-bila masa.
Selain itu, netizen turut mencadangkan, pelayan sepatutnya membawa hidangan panas seperti itu menggunakan troli makanan, bukannya membahayakan diri dan pelanggan dengan membawa periuk yang mengandungi makanan panas seperti yang berlaku dalam kejadian itu.
from The Reporter http://ift.tt/2jYVp4h
via IFTTT
No comments:
Post a Comment