loading...
  • Breaking News

    Tuesday, September 26, 2017

    Kejam! Kanak-Kanak 3 Tahun Didera Dan Dipukul Bertubi-Tubi Dengan Batang Kayu Tanpa Belas Kasihan Oleh Guru Tuisyen..


    Kanak-kanak dipukul dan dibiarkan pengsan

    Laxmi, 24 tahun – ibu kepada mangsa memberitahu pihak media, sebelum dia ke tempat kerja, dia meminta suaminya menghantar anak mereka ke pusat tuisyen tersebut.

    Pusat tersebut dijadikan tempat untuk belajar, sama seperti tadika.

    Namun, petang itu ibu mertua Laxmi ingin mengambil cucunya pulang. Setibanya di pusat tersebut, dia terkejut melihat Kashyap tak sedarkan diri!

    Nenek yang ketakutan itu pantas membawa cucunya pulang ke rumah dan memberikan beliau air. Ketika itu, bengkak di muka dan badan mangsa kelihatan teruk.

    Kashyap juga mula muntah-muntah.Apabila Laxmi tiba di rumah ibu mertuanya, dia terkejut melihat keadaan anak lelakinya itu. Kawasan di sekitar mata Kashyap kelihatan merah dan beliau tak beri sebarang respon apabila dipanggil.

    Sekitar pukul 9 malam, ibu bapa Kashyap terus membawanya ke hospital.Guru tuisyen memukul kanak-kanak hingga muka bengkak

    Oleh sebab kesan lebam di sekitar muka dan badan Kashyap jelas kelihatan, kedua ibu bapanya menyoal perkara ini pada anaknya.

    Anak kecil yang tak bersalah itu terus mengatakan bagaimana guru tuisyen beliau memukulnya dengan batang kayu. Beliau dipukul di tangan, belakang badan, muka dan kepala.

    Terkejut dengan penjelasan mangsa, ibu bapa terbabit pantas melaporkan perkara ini pada pihak polis.Guru tuisyen itu baru berusia 19 tahun!

    Namun yang menyedihkan, setelah ibu bapa mangsa tahu hal ini, guru tuisyen itu meminta laporan ditarik dan dia sanggup bayar kos perubatan kanak-kanak itu!

    Tapi, ibu bapa mangsa tekad. Sebaik saja polis menerima laporan, guru tersebut terus ditahan di dalam lokap.Kini, dia disabitkan dengan kesalahan di bawah undang-undang juvanil atas kesalahan sengaja mendatangkan kecederaan.

    Ibu bapa juga diingatkan untuk sentiasa bersifat menyokong. Ikut peraturan ini:

    1. Jangan ambil mudah kes penderaan kanak-kanak
    2. Pastikan anak-anak tahu jika mereka cerita perkara sebenar, mereka tak salah
    3. Tunjuk yang anda percaya anak-anak
    4. Pastikan mereka rasa selamat
    5. Sentiasa tahu aktiviti yang dilakukan anak-anak


    Sumber: http://ift.tt/2oonlzo


    from Sehinggit Media News http://ift.tt/2wT9phm
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment