loading...
  • Breaking News

    Thursday, September 28, 2017

    Nenek Kahwin Lelaki Muda 40 Tahun Baru Dikenali Seminggu


    Beza usia 40 tahun tidak menghalang pasangan ini jatuh cinta dan mendirikan rumah tangga.

    Warga emas wanita bernama Manih, 67 tahun, menikahi lelaki bernama Ade Irawan berusia 27 tahun di Kampung Cipicung, Desa Mekarsari, Kecamatan Cileungsi, Bogor, selepas mereka saling mengenali dalam masa hanya seminggu.

    “Kami baru seminggu mengenali dan terus bernikah. Isteri saya menyatakan cintanya terlebih dahulu dan kebetulan saya juga mencintainya,” kata Ade ketika ditemuramah di kediamannya, petik Jawapos.

    Menurut laporan itu, Ade yang bekerja sebagai tukang bangunan sedikit pun tidak berasa malu mengakui cintanya itu dengan Manih.

    Malah katanya, cinta sejatinya itu memantapkan dirinya untuk lebih serius dalam menjalin kasih dengan isterinya.

    “Cinta saya tulus. Maka, saya tidak pedulikan apa orang kata. Saya juga sedar isteri saya tidak mungkin melahirkan anak kelak,” terangnya.

    Manih menyokong perkahwinan ini dari segi kewangan memandangkan Ade tidak berkemampuan.

    Laporan itu memetik seorang saudara Manih, Ijo, 44 sebagai berkata warga emas itu menggunakan wang hasil jualan tanah bernilai Rp 20juta (RM6,300) untuk pernikahannya.

    “Dia (Manih) guna Rp 20 juta (RM6,300). Sekitar Rp 3 juta (RM940) digunakannya untuk membeli gigi palsu, dan bakinya digunakan untuk belanja akad nikah yang lain,” ujarnya.

    Dia juga menambah, Manih bukannya tidak berduit, malah menyimpan lagi duit hasil jualan tanahnya pada tahun 2015 bernilai Rp 200 juta (RM63,000).

    Sumber: FMT


    from Sehinggit Media News http://ift.tt/2fTZ6Uo
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment