LEICESTER, UNITED KINGDOM - Seorang lelaki berusia 25 tahun didakwa merogol dan membunuh pesara berusia 72 tahun selepas mayat mangsa ditemui di rumah banglonya minggu lalu, lapor Daily Mail.
Craig Keogh, 25, juga didakwa menyamun barangan berharga di rumah Jane Hings, yang tinggal bersendirian sehingga mati dibunuh suspek.
Mangsa ditemui mati pada Ahad lalu di rumahnya di Fleckney, dan polis juga berkata terdapat tanda-tanda rumah itu digeledah.
Keogh yang dibawa ke Mahkamah Majistret hanya sekadar mengesahkan nama dan tarikh lahirnya, serta tidak diminta membuat pengakuan semasa pertuduhan itu dibacakan selama empat minit.
Tertuduh yang memakai pakaian berwarna kelabu, tampil di kandang tertuduh bersama dengan pengawal keselamatan wanita di sebelahnya, sebelum ditahan semula di Mahakmah Leicester pada Selasa lalu.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan awal minggu ini, Polis Leicestershire berkata, bedah siasat yang dijalankan terhadap mangsa masih belum menemui punca sebenar kematiannya dan pihaknya kini masih menunggu keputusan hasil bedah siasat.
Polis berkata, kematian mangsa tidak dapat dijelaskan selepas laporan bedah siasat tidak menemui sebarang jawapan tetapi kes disiasat sebagai kes bunuh selepas polis menemui tanda-tanda pecah rumah.
Sumber: The Reporter
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2wqsg41
via IFTTT
No comments:
Post a Comment