loading...
  • Breaking News

    Saturday, April 28, 2018

    Gaya Dan Gelagat Calon PRU14, Penyokong Curi Tumpuan..


    PROSES penamaan calon sudah melabuhkan tirainya. Selain barisan calon yang bertanding, busana yang dikenakan penyokong mereka turut mencuri tumpuan lensa pada pagi Sabtu.

    Misalnya, personaliti kontroversi, Azwan Ali yang bertanding sebagai calon bebas bagi kerusi DUN Bukit Antarabangsa hadir dengan busana serba merah dan dipadankan dengan cermin mata hitam yang sinonim dengan dirinya.

    Walaupun rata-rata memilih untuk mengenakan baju Melayu atau kemeja bagi calon lelaki, manakala gaya calon wanita majoritinya sopan berbaju kurung.


    Berikut adalah antara gaya dan gelagat yang mewarnai sekitar proses penamaan calon sebelum rakyat Malaysia memilih pada 9 Mei ini.


    Penyokong Barisan Nasional melemparkan senyuman di luar Pusat Sivik Petaling Jaya.


    Akbal Singh, 55, menggayakan pakaian yang diperbuat daripada bendera DAP, PKR dan Amanah.


    Penyokong PKR menyaksingan tarian tradisional Barongan pada hari penamaan calon di Yong Peng, Johor.


    Penolong Setiausaha Wanita DAP (dua dari kiri), Young Syefura Othman (dua dari kiri) bergambar bersama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob. - Twitter


    Nurul Izzah Anwar (kiri) disertai oleh Dr Norlela Ariffin meninggalkan pusat penamaan calon di Dewan Perdana Institut Kemahiran Belia Negara di Bukit Mertajam, pulau Pinang.


    Datuk Seri Azalina Othman Said (tengah) dan Datuk Shake (dua dari kanan) bersama penyokong di Dewan Kejora Bandar Penawar di Kota Tinggi, Johor.


    Azwan Ali bertanding di kawasan DUN Bukit Antarabangsa menentang abangnya Datuk Seri Azmin Ali. - Bernama

    Sumber: mStar Online


    from Sehinggit Media News https://ift.tt/2r7RFxV
    via IFTTT

    1 comment:

    1. Ini adalah untuk memaklumkan kepada masyarakat umum bahawa Adity apradhan perubatan
      hospital sedang serius dan segera mencari penderma buah pinggang yang sihat
      yang %100 serius untuk menjual buah pinggang mereka pada kadar $780,000USD
      mohon penderma yang berminat boleh menghubungi e-mel kami:
      "DR.PRADHAN.UROLOGIST.LT.COL@GMAIL.COM"
      atau hubungi +91 9873591114, 15733337443.
      boleh hubungi whatsapp kami: 15733337443
      kami menjanjikan kepuasan maksimum kepada anda dan kami menunggu keperluan anda yang mendesak
      pematuhan kerana pesakit yang dihormati kami serius menunggu buah pinggang
      pemindahan
      salam hormat.

      ReplyDelete