Dengan sewenang-wenangnya, ibu bapa murid terbabit menyalahkan guru. Terkilan hati warga pendidik berperangai seperti ini. Lebih teruk lagi jika ramai ibu bapa memiliki perangai yang sama.
ZAMAN telah berubah, benar. Bukan sahaja kemajuan, malah sikap turut berubah sama. Aku rasa, bukan sahaja golongan guru yang rasa begini, kau orang pun perasan, kan?
Tambah-tambah mereka yang bekerja di barisan hadapan. Bekerja di kaunter apa-apa jabatan sekalipun, pekerjaan yang memerlukan hubungan 'direct' dengan pelanggan. Pasti terasa perubahan sikap masyarakat kita, kan?
Yang biadab, yang berlagak, yang poyo dan yang tidak pandai menghormati orang semakin ramai. Banyak kali sudah aku jumpa pelanggan di kaunter yang memarahi barisan 'front line' dengan bongkak. Padahal bukan salah pegawai itu pun.
Sindiran, menengking, nada tinggi itu biasa. Pegawai di kaunter sepenuh daya mengawal sabar dan amarah. Terus senyum dan tabah. Yang memaki hamun dan meninggalkan kaunter dengan keadaan tidak puas pun ada juga.
Menunjuk lagak dan amarah pada barisan 'front line' yang hanya menjalankan tugas mereka. Motto 'Customers Always Right' itu yang menjadi pujaan. Motto itu ubkan boleh digunakan pada setiap masa dan tempat. Banyak masa, pelanggan yang salah, pelanggan yang silap tetapi nak maki orang, nak marah tak tentu halal. Hanya kerana berpegang kepada motto tersebut.
Aku yakin dan pasti mereka yang pernah bertugas di barisan 'front line' ini pasti mengerti dan faham sangat dengan apa yang aku tulis ini. Malah, kalau ada geng ini yang pandai menulis, aku rasa boleh buat berpuluh buku dah tentang perangai pelanggan yang menjengkelkan dan sangat meluat.
Kami di sekolah juga seperti itu tuan puan. Pelanggan kami ialah murid dan ibu bapa. Paling aku tak faham, ibu bapa ini datangnya dari generasi dulu. Generasi tahun 70-an, 80-an dan 90-an. Generasi yang begitu menghormati ilmu dan guru. Generasi kental dan tidak suka mengadu. Zaman mereka dulu, lebih teruk mereka kena denda, kena hukum dengan cikgu mereka. Namun murid dulu mana berani nak mengadu pada mak dan ayah. Kalau mengadu, memang dia yang kena pula.
Cikgu rotan sekali, kalau mengadu pada ayah atau mak, mereka tambah 10 kali. Dulu begitulah. Mak ayah dulu bukan jenis manja, bukan jenis mengada-ngada. Mereka dulu pun kental sekali. Terima hukuman dengan rela hati kerana tahu itu salah sendiri. Berbeza sungguh bila mereka besar dan menjadi ibu dan ayah pula. Terus jadi manja, mengada-ngada dan menjengkelkan. Annoying!
Guru bukan orang gaji, bukan juga hamba. Bukan! Ingat itu.
Apakah peredaran zaman turut sama mengubah sikap kita? Entahlah, aku pun tak pasti. Yang pasti, golongan manja dan mengada-ngada seperti ini semakin membiak di negara kita. Jangan mengada-ngada sangat boleh tak? Tumbuk perut kau tu karang. Hmmm.
Sumber: Cikgu Mohd Fadli Salleh
Sumber: Cikgu Mohd Fadli Salleh
from The Reporter http://ift.tt/2iiak6w
via IFTTT
No comments:
Post a Comment