Video berdurasi 8 saat yang dimuat naik Anna Aish LingLing pada jam 7.18 pagi semalam, telah dikongsi 698 kali dan ditonton 85,213 kali di laman Facebook.
"Korang rasa patut ke mereka buat macam tu? Apa komen korang tentang dalam video ni? Haish, tak ada perasaan ke? Cuba fikir time awak nak heret budak itu," tulis Anna di Facebooknya.
"Bagus sangat kau heret budak moto camtu. Pangkat di dunia setakat tak besar mana, tak payah acah. Kau heret dia macam anjing, kena kat anak kau nanti, kau tahulah apa rasa.
"Tak ada besar mana salah dia. Setakat kau nak saman, kami boleh terima lagi. Ini kau buat dia macam anjing, memang sial. Macam mana orang tak suka kat kau. Acah nak mampus. Orang takkan hormat kau kalau kau tak hormat orang, puii," tulis Dekmiy Sintoxx.
Bagaimanapun, netizen mempersoalkan mengapa video itu bukan dirakam dari awal kejadian, sebaliknya bermula dari tindakan anggota berkenaan menarik penunggang motosikal terbabit.
"Kenapa tak rakam dari awal kejadian? Atau video dah disunting kemudian ambil bahagian ini dan viralkan di media sosial untuk burukkan imej anggota polis trafik? Kalau tak ada di tempat itu, tolong jangan tokok tambah cerita," kata Muhammad.
"Selagi tak ada video dari awal kejadian, tak boleh nak salahkan satu pihak sahaja. Kadang-kadang mat rempit ini bukan boleh percaya," kata Ismie.
Upload video dari awal, baru boleh tahu siapa yang mulakan dulu. Ini tak, video paruh jalan dan tak dengar apa pula. Terus nak viralkan. PDRM mohon siasat. Tengok ramai maki polis padahal tak tahu ceritanya macam mana," kata Ann Tasyah.
Netizen menggesa pihak polis menyiasat kejadian itu.
Sementara itu, netizen dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi dan terpengaruh dengan dakwaan sebelah pihak.
from The Reporter http://ift.tt/2ju3NZW
via IFTTT
No comments:
Post a Comment