loading...
  • Breaking News

    Wednesday, November 15, 2017

    "Rasanya Saya Kena Mandi Bunga" - Selepas Hilang Motor, Kereta Kamal Adli Pula Kemalangan


    Pelakon Kamal Adli berdepan detik cemas pada Sabtu lalu apabila kereta yang dipandunya hampir terbabas selepas melanggar sebuah tayar treler di sekitar Nilai, Negeri Sembilan ketika melalui Lebuhraya Utara Selatan.

    Kamal, 31, ketika itu dalam perjalanan dari Melaka selepas tamat penggambaran filem Escape untuk pulang ke Kuala Lumpur.

    "Alhamdulillah, saya tidak cedera cuma sedikit terkejut susulan kejadian yang berlaku.

    "Kejadian itu berlaku sangat pantas dan saya tidak sempat mengelak tayar sebuah treler yang lengkap dengan rim tiba-tiba jatuh bergolek di tengah-tengah jalan.


    "Jadi, bahagian hadapan kereta saya rosak teruk kerana hentaman yang kuat.

    "Pada malam itu juga saya terus membuat laporan polis dan difahamkan selain saya ada juga beberapa buah kenderaan lain yang mengalami kes serupa.

    "Apapun, saya terima semuanya dengan reda. Rasanya selepas ini saya kena mandi bunga," selorohnya kepada Astro Gempak.

    Kamal yang baru dinobatkan sebagai juara Super Spontan Superstar 2017 itu juga dilaporkan baru kehilangan sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis Aprilla Shiver beberapa bulan lalu.

    Malah, Kamal juga diuji dengan kisah cintanya dengan Emma Maembong yang turut membabitkan pelakon Zahirah Macwilson dan Zul Ariffin.

    Sumber: Astro Gempak


    from Sehinggit Media News http://ift.tt/2zYc2EJ
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment