loading...
  • Breaking News

    Tuesday, June 26, 2018

    Ramai ingat beli rumah kena sedia 10% downpayment, sepatutnya 15%-20%


    Anda dalam perancangan mahu membeli rumah pertama pada tahun ini? Jangan tersilap langkah dan menjadi mangsa kesilapan anda. Baca dan hadam perkongsian panduan membeli rumah pertama dari pihak Harta Bumi ini yang memberikan tips percuma agar impian anda mendapatkan rumah pertama berjalan dengan lancar. 

    Semoga bermanfaat! 

    DUIT dah ada, ilmu dah ada, tinggal nak beli rumah je? Ini adalah thread mengenai Senarai Semak Beli Rumah Pertama 2018. 

    Kirakan Debt Service Ratio (DSR). DSR ini nisbah ukuran hutang kepada pendapatan. Semakin tinggi DSR, semakin banyak hutang dan komitmen anda. 

    Lagi tinggi maka lagi susah bank nak approve house loan anda. Kiraan DSR setiap bank adalah berbeza. Jadi, anda perlu pergi ke bank pilihan dan ketahui SOP mereka. 

    DSR setiap bank adalah berbeza. Jadi, anda perlu ke bank atau roger saja ejen hartanah yang ada ini dan tengok suggestion mereka. Rates pun akan berubah-ubah dari masa ke semasa mengikut produk jualan dari bank. 

    Paling mudah, anda dapatkan saja Laporan DSR anda via online di HARTABUMIDOTCOM sahaja.

    SEMAK KELAYAKAN LOAN

    Cara kiraannya pendapat bersih x 200. Contoh: Gaji selepas komitmen: RM1,800 x 200 = RM360,000. Makanya anda boleh mula mencari rumah pada range harga RM300,000. 

    Pastikan rekod CCRIS dan CTOS bersih. Dah 2018 ni, anda tidak perlu drive dan beratur untuk semak CCRIS dan CTOS. Semuanya boleh disemak via online. Untuk semak CCRIS via online, sila klik link ini: https://eccris.bnm.gov.my/eccris/pages/sec/

    Tetapi anda perlu daftar di Bank Negara Malaysia (BNM) berdekatan dulu selepas itu boleh semak online sampai kiamat.

    Untuk semak CTOS pula, sila klink link ini: https://ctosid.ctos.com.my/ctosid_new/NewSimpleRegister

    DEPOSIT DAN KOS

    Nak dating dengan awek hijabster pun perlukan kos, apatah lagi membeli rumah. Check semula kos seperti: 
    1. Stamp Duty
    2. Kos Penilaian Harga Rumah
    3. Lawyer Fee - SNP dan Loan Agreement

    Saya menyarankan anda menyediakan sekurang-kurangnya 15%-20% dari harga rumah. Ramai ingat beli rumah kena sedia 10% downpayment sahaja. Sila kumpul duit mulai sekarang. 

    Tengok loan lepas berapa, kalau 90% usually 10% kena standby sendiri. Jangan harap 100% loan sebab bunga dan scoring berbeza-beza. 

    KERJA KONTRAK ATAU TETAP

    Memandangkan bank adalah sebuah institusi yang berniaga dan bukan welfare, mereka hanya akan beri loan kepada orang yang mmapu bayar balik on time. Pekerja kontrak agak sukar untuk bank approve loan anda kerana dikatakan berisiko. 


    DOKUMEN LENGKAP DAN TERKINI

    Pastikan anda sediakan dokumen yang lengkap. Dokumen yang anda perlu lengkapkan termasuklah:
    1. Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang)
    2. Penyata pendapatan tahunan
    3. Surat pengesahan majikan (surat lantikan atau pengesahan jawatan)
    4. Slip gaji tiga bulan (enam bulan lagi cantik)
    5. Penyata EPF yang terkini
    6. Penyata bank 3-6 bulan





    Dokumen sokongan: 
    1. Tabung Haji, ASB, Fixed Deposit
    2. Unit Amanah, simpanan, saham
    3. Surat perjanjian hutang
    4. Laporan CCRIS




    Bulan Jun sehingga Ogos ini dikatakan tempoh yang baik untuk membeli rumah kerana kadar GST telah dimansuhkan menjadi 0%.  Jika anda benar-benar komited untuk membeli rumah, inilah masa yang paling afdhal untuk membeli rumah. 

    Buat pengetahuan anda, team @twthartanah menawarkan servis jika anda ingin membeli rumah. Jika anda ingin membeli rumah khusus di Kuala Lumpur dan Selangor, team akan bantu anda memiliki rumah idaman dalam masa kurang enam bulan. Jika berminat, jangan segan untuk hubungi kami. 

    Sumber: @twthartanah


    from The Reporter https://ift.tt/2yP7Wz0
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment