Suspek ditahan di hadapan bengkel di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, semalam, kurang dari 24 jam selepas kejadian itu berlaku. Kejadian itu turut dirakam orang awam yang kemudian menularkannya di media sosial.
Terdahulu dalam kejadian Ahad lalu di Jonker Walk, Melaka, anggota Rela berusia 33 tahun yang sedang bertugas mengarahkan pemandu kenderaan jenis Subaru berwarna hitam yang dipandu secara melawan arus supaya berpatah balik.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, lelaki berbaju kuning itu bagaimanapun bertindak di luar batasan dan mengugut mahu mencederakan anggota Rela berkenaan.
"Pemandu kenderaan terbabit sebaliknya memandu laju ke arah anggota Rela sebelum keluar (daripada kenderaan) dengan kayu.
"Suspek kemudian mengugut untuk memukul mangsa dan memberitahu akan membawa rakan untuk memukul anggota berusia 33 tahun itu," katanya.
Berdasarkan video viral itu, suspek mengacah-acah mahu memukul mangsa dengan rotan panjang, tetapi dileraikan oleh orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut.
Anggota Rela berkenaan kemudian membuat laporan polis dan suspek ditahan serta rotan panjang yang digunakan suspek dalam kejadian itu juga turut dirampas untuk tujuan siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.
from The Reporter https://ift.tt/2KcBHPi
via IFTTT
No comments:
Post a Comment