Seorang penumpang mendakwa, dia dan ibunya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) dilayan dengan teruk oleh pemandu bas.
Mikhail Adam, memuat naik statusnya itu pada jam 5.37 petang di Facebooknya berkata, pemandu terbabit turut menengking dia dan ibunya sehingga berlakunya pertelingkahan di antara kedua-dua pihak.
"Ceritanya begini, saya daripada TBS dengan ibu saya yang berstatus OKU. Sebelum bas tersebut bergerak daripada TBS ke Johor, saya telah standby di dalam bas dan saya telah meminta izin dengan pemandu bas tersebut untuk turun pergi ke bilik air.
"Bas ketika itu belum bergerak dan ibu saya nak ke bilik air. Tujuan minta izin sebab tidak mahu ditinggalkan bas.
"Tetapi pemandu bas tersebut menjawab dengan cara yang tidak ada adat sopan serta memeranjatkan saya. Beliau terus menengking saya dengan nada yang kuat sehingga para penumpang lain boleh dengar dengan perkataan:
"Kau nak bawak mak kau ke bilik air, suka hati kau. Lambat, aku tinggal. Aku nak cepat, lain kali dah tahu orang tua, tak payah kau bawak naik bas menyusahkan orang." - kata pemandu bas terbabit seperti yang diceritakan oleh Mikhail.
"Saya pun menjawab dan terjadi pertelingkahan mulut. Seterusnya bila saya ke bilik air dan naik bas itu semula, baru sahaja ibu saya yang tua dan uzur itu naik, pemandu tersebut terus bergerak secara mendadak menyebabkan ibu saya jatuh tersungkur di lantai bas," katanya.
Mikhail yang tidak berpuas hati dengan tindakan itu mendesak pihak pengusaha dan pihak Kementerian Pengangkutan Jalan mengambil tindakan tegas terhadap pemandu berkenaan.
from The Reporter https://ift.tt/2MiSldG
via IFTTT
No comments:
Post a Comment