Ada banyak cara dan kaedah untuk merawati masalah resdung sehingga ada yang sanggup berbelanja tinggi untuk merawat masalah sinus ini. Pengguna Twitter @reenarazak, berkongsi tips merawat masalah resdung dengan beberapa produk yang anda boleh dapatkan di kedai-kedai farmasi. Semoga bermanfaat.
TIPS untuk penghidap resdung dan hidung sering berair. Senang cerita, asyik bersin tanpa mengira masa dan di mana-mana. Apa yang saya buat untuk mengurangkan rasa tidak selesa apabila nak buat kerja dan aktiviti harian. Korang pun boleh kongsi sekali tips korang.
Kalau saya ada event penting dan masa itulah bersin teruk, saya telan ubat ini. Clarinase namanya. Ada dua jenis, tahan untuk 12 jam dan 24 jam. Ada dijual di mana-mana farmasi. Ada satu lagi jenis calrinox kot, tapi tak berkesan untuk saya. Saya telan sebelum nak snorkeling atau diving.
Sterimar, bagus untuk membersihkan hidung. Rujuk video di YouTube bagaimana cara menggunakannya. Agak pedih tetapi bagus dan hidung rasa 'clear'. Sterimar ada dua jenis, satu nasal congestion, satu lagi nasal hygiene seperti dalam gambar. Boleh digunakan 2-4 kali sehari dan boleh dapatkan di farmasi.
Ini sumpah penyelamat hidup saya! Kenapalah saya baru tergerak hati nak beli! NeilMed Sinus Rinse memang bagus sangat-sangat. Picit botol itu dekat sebelah lubang hidung dan air akan keluar sekali dengan lendir di lubang hidung sebelah lagi. Boleh rujuk video tutorial penggunaannya di YouTube.
Baca arahan dan ikut arahan yang diberikan sebab ia sangat penting untuk hygiene korang. Ada banyak jenis, tetapi ini yang paling affordable dan mudah. Rasanya seperti korang basuh lubang hidung dan selepas itu, bernafaslah dengan gembira!
Last sekali, bonus untuk hilangkan jerawat resdung yang degil itu saya gunakan produk ini, Aztec Mask. Benda ini dah famous dah, tetapi pastikan korang beli yang original tau. Jerawat kering dan parut cepat hilang. Selepas guna, muka rasa macam selepas facial. Asyik dong! Hahaha!
Saya dah cuba semua ubat-ubat tradisional tetapi tiada yang berkesan. Jadi, ini saja cara yang boleh mengurangkannya bila datang selsema teruk. Ini adalah apa yang saya sendiri cuba. Mungkin setiap orang lain hasilnya. Dapatkan rawatan doktor sekiranya masalah sinus korang semakin teruk.
Sumber: @reenarazak
from The Reporter https://ift.tt/2ssjjHj
via IFTTT
No comments:
Post a Comment