Segelintir ibu bapa mengambil sikap mudah dengan hanya membeli ubat-ubatan di farmasi kerana malas membawa anak ke klinik untuk pemeriksaan doktor. Sikap sebegini boleh mengundang risiko dan akhirnya menyebabkan anak yang terpaksa menanggung derita yang sepatutnya boleh dielakkan.
Dalam kes yang dikongsi oleh Dr Saka ini, seorang kanak-kanak berusia dua tahun meninggal dunia akibat diberi ubat cirit birit oleh ibunya yang dibeli dari farmasi. Disyaki ubat tersebut adalah untuk orang dewasa, bukannya untuk kanak-kanak bawah usia 2 tahun.
KISAH BENAR UNTUK YANG SUKA BELI UBAT DI FARMASI
Kisahnya si ibu kasihan melihat anak yang sedang menanggung sakit perut dan cirit birit di rumah. Jadi ibu dia pun memilih jalan mudah dan membeli ubat di farmasi.
Hasil siasatan, si ibu mengaku beli ubat di farmasi. Mungkin si ibu tidak menerangkan ubat itu untuk anaknya. Maka anak dia pun telanlah ubat itu yang disangka penawar rupanya menjadi racun yang membawa maut tak semena-mena.
“Baru jer semalam main dengan kau nak, hari ini aku kena tengok kau ditanam,“ bisik hati si ibu yang menangis tersesak-esak
Kanak kanak berusia dua tahun itu akhirnya meninggal dunia disebabkan Hypoxia, sesak nafas dan juga menyebabkan kecederaan pada sel otak dek kerana Poisoning Lomotil. Lomotil adalah sejenis ubat cirit birit yang selalu digunakan untuk orang dewasa. Tetapi tak sesuai untuk kanak kanak bawah usia 12 tahun.
Nak aku ulang lagi ke ayat itu?
Itulah, aku kata banyak kali dah, hangpa suka-suka beli ubat sendiri. Dos tu tinggi satu hal, kandungan tak sesuai untuk kanak-kanak bawah umur dua tahun, satu hal. Mungkin si ibu nak berjimat atau kesempitan wang? Klinik kerajaan kan ada, kenapa tak bawa anak ke sana?
Kanak-kanak umur dua tahun tak boleh ambil AntiDiarrhoeal, tak boleh ambil ubat anti cirit bawah 12 tahun.
Apa nak buat? Kalau cirit teruk sangat, tak mahu minum air, muntah-muntah, badan lemah, tak aktif, sendu, bawa pergi hospital segera! Tak ada cara lain. Tapi, kalau cirit sikit-sikit, anak masih aktif, masih boleh minum dengan banyak, kalau malas pergi hospital, korang boleh monitor dulu. Pastikan kerap beri air tak kiralah susu, ribena atau lain-lain, janji masuk air. Kalau ada probiotik, boleh kasi.
Tapi kalau dah makin melarat, refer perenggan di atas. Bawa ke hospital. Kau jangan malas sangat.
APA YANG BERLAKU DI HOSPITAL?
Doktor akan pastikan tahap hidrasi, masuk air mlalui Drip. Jika ada demam, ujian darah , sampel najis dan macam-macam lagi.
Kalau korang pergi farmasi, memanglah diorang akan jual sebab ada beberapa jenis ubat ubat yang boleh dijual tanpa preskripsi. Tapi bila dah jadi apa-apa, siapa yang kena tanggung? Korang tanggung sendiri!
Contoh korang sakit perut, pedih ulu hati, pergi beli ubat gastrik. Tapi sebenarnya jantung punya masalah kau dah terlepas. Pihak pharmacist boleh cadangkan ubat sesuai untuk gastric dose dan sebagainya. Tapi mereka tak boleh buat examination. Mereka hanya boleh beri ubat berdasarkan simptom sahaja.
So point aku di sini, tak kiralah apa simptom, nak nak lagi kanak kanak korang pergi check dulu, examination dulu barulah selepas itu kau ambil preskripsi itu dan beli ubat.
Jangan ambil risiko. Berkorbanlah sedikit untuk kesihatan anakanak. Jangan ambil sambil lewa. Berbaloikah penjimatan itu? Kau nak kena rotan ke? Menyesal tak berguna lagi. Ubat ini bukan suka-suka kau nak telan tahu. Jangan kau ambil remeh.
Bukan aku tak bagi beli ubat di farmasi, boleh beli, jumpa pegawai farmasi sebab pegawai farmasi aku terangkan cara pengunaan dengan selamat . Tapi aku nasihatkan, seelok-eloknya periksa dulu .. takut tertinggal beberapa simptom lain yang korang tak perasan .
Kalau korang pergi klinik, diorang bagi ubat cirit untuk kanak-kanak, korang cakap "Dr Saka tak bagi!"
Kalau rajin, baca dan follow guide line ini https://ift.tt/2Tkh3h9
Sumber: Yazeed Hair Johari
from The Reporter https://ift.tt/2Frmx72
via IFTTT
No comments:
Post a Comment