loading...
  • Breaking News

    Thursday, November 15, 2018

    'Saya tak berniat bunuh' - Baru sebulan bernikah dah bersalin, si ibu panik tekup mulut bayi sampai mati


    Polis berjaya merungkai misteri penemuan mayat seorang bayi pada 10 November lalu yang dikuburkan di sebuah kebun di sebuah taman perumahan di Desa Sukaluyu, Timur Telukjambe, Kabupaten Karawang, Indonesia. 

    Remaja berusia 19 tahun yang hanya dikenali sebagai A, ditahan selepas siasatan mendapati dia adalah ibu kepada bayi lelaki itu. 

    Pesuruhjaya Kanan Polis Karawang, Slamet Waloya, berkata, siasatan awal mendapati pembunuhan itu dilakukan oleh wanita itu sendiri, yang juga dibantu oleh suaminya, EG, 20, untuk menguburkan mayat mangsa. 

    Difahamkan, wanita itu melahirkan bayi lelaki terbabit di sebuah tandas di Masjid Al Muflihun, Desa Sukaluyu pada Khamis, 8 November kira-kira jam 12 tengah hari.

    Namun kerana panik, malu dan pasangan itu baru saja berkahwin sebulan, si ibu mengambil keputusan untuk menamatkan riwayatnya. 

    "Pasangan suami isteri ini sah berkahwin sebulan yang lalu. Namun si isteri sudah melahirkan bayi itu, lalu panik dan membunuh bayinya sendiri. 

    "Menurut pemeriksaan doktor forensik yang melakukan bedah siasat terhadap mayat mangsa, terdapat tanda-tanda bayi itu dibunuh berikutan ada pendarahan dalam otak yang menjadi punca bayi yang baru lahir itu mati," katanya. 

    Dalam keterangan kepada polis, si ibu mengakui perbuatannya itu dengan cara menekup mulut dan hidung mangsa sehingga lemas sebaik saja bayi itu keluar dari rahimnya. 

    "Saya menekup mukanya kerana takut dia menangis. Saya tidak bunuh. Saya takut bayi menangis, tak sangka boleh meninggal, tak sengaja tutup mulut (bayi)," katanya sambil menundukkan kepala ketika memberi keterangan kepada polis. 

    Selepas itu, dia menyerahkan mayat mangsa kepada suaminya, EG, yang kemudian dimandikan dan dikafankan sebelum ditanam di sebuah kebun milik bapa mertuanya yang jaraknya 25 meter dari kediaman mereka. 

    Polis kini sedang menyiasat sama ada bayi tersebut merupakan anak kandung kepada EG atau sebaliknya. 

    Pasangan itu akan didakwa mengikut Pasal 80 Undang-Undang Perlindungan Anak yang memperuntukkan hukuman penjara selama 10 tahun jika sabit kesalahan. 



    from The Reporter https://ift.tt/2zboxKN
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment