loading...
  • Breaking News

    Wednesday, November 21, 2018

    (Video) 'Saya akui kesalahan dan kesal dengan tindakan saya terhadap promoter itu' - Edi Rejang


    "Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya yang dikenali sebagai Edi Rejang ingin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia terutama kepada promoter perempuan tersebut. 

    "Saya akui kesalahan saya dan amat menyesal atas tindakan saya terhadap promoter tersebut. Saya berharap isu ini tidak dipanjangkan lagi oleh mana-mana pihak, memandangkan saya telah bertemu dengan YB Lim Lip Eng, Ahli Parlimen DAP dan telah membuat permohonan maaf terhadap pihaknya. 

    "YB Lim juga mengatakan akan membuat satu perjumpaan dengan promoter perempuan tersebut secepat mungkin. Sekian terima kasih," demikian kata Edi Rejang dalam video permohonan maafnya. 


    Edi juga kesal dengan tindakannya itu berkata, insiden itu tidak berkaitan dengan motif politik. 

    Menurut sumber, Edi yang telah bekerja dengan sebuah syarikat selama 10 tahun telah diberhentikan kerja serta-merta berikutan viral video tersebut. Keadaan itu menyebabkan Edi hilang sumber pendapatan keluarga, ditambah pula dengan isterinya yang tidak bekerja. 

    Difahamkan, anaknya yang bersekolah di SJKC juga mungkin berdepan dengan risiko yang sama berikutan tindakan Edi itu. 

    "Saya tak berapa rapat, tapi kenal. Setiap hari saya nampak dia hantar anak ke sekolah. Anak dia sekolah di sekolah cina. Edi mungkin tidak berpendidikan tetapi dia tak lupa beri pendidikan terbaik pada anak-anak. 

    "Saya bukan nak sokong Edi, tapi hari ini Edi jumpa saya menangis teresak-esak. Syarikat yang dia kerja selama sepuluh tahun, buang dia serta-merta. Isteri tak kerja, Edi ada anak-anak yang perlu ditanggung. 

    "Edi mungkin bodoh tetapi macam mana nasib anak dan isteri? Edi hanya maki seorang tetapi Edi dan keluarga dimaki bertubi-tubi oleh ribuan masyarakat. Wajah dia terpampang di pelbagai media. Ini harga yang patut dia terima hasil kebodohan dia. 

    "Saya berani jamin, tindakan Edi bukanlah mempunyai sebarang motif politik. Hanya kebodohan melulu beliau. Saya cuma buat kebaikan, fikirkan nasib keluarga Edi. Saya tak mahu bela perkara dan kebodohan Edi. Saya hanya mahu pastikan kebodohan beliau tidak diwarisi. 

    "Pendidikan amat penting. Edi hilang pekerjaan. Anak beliau mungkin didesak berhenti sekolah dan tindakan lain," kata @Fiqsunny di Twitter. 



    BERITA BERKAITAN:


    from The Reporter https://ift.tt/2qUus2s
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment