loading...
  • Breaking News

    Tuesday, May 21, 2019

    'Apa nak cakap 'p***mak ni bang?' - Ejen penarik kereta dedah video sebelum kejadian, sangkal dakwaan kasari pemandu Honda City S+ hutang 6 bulan tak bayar


    Susulan dakwaan pemandu kereta Honda City S+ kononnya dikasari oleh ejen penarik kereta, D'Ben Al Shariff sekali lagi memuat naik video awal kejadian itu. 

    "Katanya abang repo berkasar dengan dia, korang nilaikanlah sendiri  Sapa kaki spin sebenarnya." tulis D'Ben di Facebooknya.

    Dalam video berdurasi lima minit itu, wanita bernama Nurul Adlina itu terdahulu dilihat berbincang dengan ejen penarik kereta itu. 

    Jelas Nurul, pada awalnya dia tidak dapat membayar ansuran bulanan kereta itu selama tiga bulan kerana mengalami kesusahan dan tambahan pula dia tidak bekerja. Lalu dia meminta diberikan sedikit masa untuk menjelaskan tunggakan itu. 

    Bagaimanapun, ejen berkenaan berkata dia memahami situasi yang dialami oleh Nurul itu. Malangnya dia hanya menjalankan tugas dan menasihatkan Nurul berbincang dengan pihak Maybank sekiranya mahu meminta diberikan masa. 

    Difahamkan kereta Honda City S+ itu adalah milik suami Nurul. Ejen berkenaan turut menawarkan diri untuk membawa Nurul ke Maybank sekiranya mahu berbincang dan jika pihak bank setuju untuk melepaskan kereta itu, maka dia akur. 

    Wanita itu kemudian menghubungi dan meminta suaminya berbincang dengan ejen berkenaan. Perbincangan itu tidak berlangsung dengan baik berdasarkan perbualan di mana ejen tersebut dimarahi dengan kata-kata kesat. 


    Ejen itu masih bertenang dan menasihatkan pemilik kereta itu bertenang dan berbincang dengan elok. 

    Ekoran perbincangan itu tidak menemui kesudahan, ejen berkenaan terpaksa memanggil bantuan dari pihak polis. 

    Video yang dikongsikan itu menunjukkan pihak ejen tidak bertindak keterlaluan dan hanya meminta wanita itu menyerahkan kereta itu dengan cara baik. 

    Semoga kedua-dua pihak dapat menyelesaikan masalah itu secara aman. 


    LAPORAN BERKAITAN


    from The Reporter http://bit.ly/2YyGpto
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment