Seorang lelaki warga emas cedera di lengan dan kaki selepas disamun tiga lelaki yag menaiki motosikal.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8 pagi Khamis berhampiran Pasar Billion di Alor Setar, mangsa berusia 66 tahun yang sedang mengayuh basikal didatangi dua buah motosikal sebelum salah seorang meragut beg tangannya.
Mangsa diseret beberapa meter sehingga seluarnya tertanggal. Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kerugian RM300.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, mangsa yang cedera kemudian pergi mendapatkan rawatan di hospital sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Polis sedang menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari dua buah rumah yang merakam kejadian itu.
Usaha mengesan suspek sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter http://bit.ly/30Uu8Sg
via IFTTT
No comments:
Post a Comment