loading...
  • Breaking News

    Friday, May 31, 2019

    'Dia hendak melanggar & menghimpit saya' - Danial mengaku bersalah, mahkamah jatuhkan hukuman penjara 12 bulan


    Mahkamah Majistert Petaling Jaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara minimum 12 bulan terhadap penunggang motosikal yang menghentak helmet pada cermin hadapan sebuah kereta sehingga pecah atas kesalahan melakukan khianat. 

    Majistret Nurshahira Abdul Salim menjatuhkan hukuman itu selepas Danial Abdullah Tan, 31, mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya. 

    Tertuduh diperintah menjalani hukuman itu bermula dari tarikah dia ditangkap, semalam. 

    Berdasarkan pertuduhan, Danial didakwa melakukan perbuatan khianat dan mengetuk cermin hadapan kereta Perodua Alza milik mangsa lelaki, Siew Chean Voon, 58 tahun itu menggunakan topi keledar sehingga pecah di Jalan Kasturi Seksyen 12, Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan, jam 5.30 petang, pada 28 Mei lalu.

    Tertuduh dibicarakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 

    Sepanjang prosiding berlangsung, Danial hanya menundukkan kepalanya, malah suaranya tersekat-sekat serta menangis ketika disoal Majistret Nurshahirah mengapa dia bertindak sedemikian. 

    Danial berkata, pemandu kereta itu mahu melanggarnya lalu dia menghalang pemandu itu dari meneruskan perjalanan dan berlaku kejadian yang sepatutnya tidak berlaku itu. 

    "Puncanya dia (pengadu) hendak melanggar dan menghimpit saya. Saya berhentikan dia untuk berbicara, namun dia menunjukkan tanda jari dan disebabkan itu saya buat keputusan bodoh," katanya dengan nada sebak dan meminta maaf di atas perbuatannya itu. 

    Beberapa ahli keluarga Danial turut berada di galeri awam mengikuti prosiding pendakwaan itu. 

    Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairuliqram Hairuddin, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap tertuduh atas alasan kesalahan membabitkan pembuli jalanan kerap berlaku dan memandangkan tertuduh berusia 31 tahun yang sepatutnya dalam fasa matang. 

    Bagaimanapun, peguamnya tertuduh, Nur Rafiuddin Mas Wari, merayu mahkamah meringankan hukuman atas alasan tertuduh adalah pekerja stro dan mempunyai anak berusia tiga dan satu tahun serta kesalahan yang dilakukan itu bukanlah sesuatu yang dirancang. 

    Sumber: Harian Metro

    LAPORAN BERKAITAN


    from The Reporter http://bit.ly/2EKu6mm
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment