loading...
  • Breaking News

    Thursday, May 2, 2019

    'Suspek tuduh mangsa masuk simpang tak bagi signal' - Polis buru suspek punyai 5 rekod jenayah lampau


    Susulan viral video penunggang motosikal menampar dan menumbuk pemandu wanita semalam, polis kini sedang memburu suspek. 

    Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Noor Azmi Yusoff berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kejadian itu berlaku di Jalan Dato Keramat, Kuala Lumpur kira-kira jam 4 petang Rabu. 

    "Suspek yang menunggang motosikal Honda Dash datang dari arah belakang dan menuduh mangsa memasuki simpang jalan tanpa memberikan lampu isyarat serta mengeluarkan kata-kata kesat terhadap wanita berkenaan. 

    "Selepas itu, suspek membuka topi keledar dipakai dan menghentak bumbung kereta mangsa. 

    "Akibat tindakan itu, mangsa kemudian keluar bagi melihat kerosakan pada keretanya sebelum suspek yang memaki hamunnya bertindak menampar muka serta menumbuk kepalanya," katanya memetik laporan dari Harian Metro, hari ini. 

    Mangsa kemudian dibandu oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum membuat laporan polis serta mendapatkan rawatan di Hospital Ampang. 

    Hasil semakan polis juga mendapati, suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau yang berkaitan dengan kes dadah dan khianat. 

    Polis kini sedang giat memburu suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor R Sivanathan di talian 016-5903985 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau tampil ke mana0mana balai polis berhampiran. 

    Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja serta melakukan khianat. 

    LAPORAN BERKAITAN


    from The Reporter http://bit.ly/2PJBCSB
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment