Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengaku telah menelefon bos syarikat vaksin Pfizer sebanyak 17 kali dalam beberapa hari hanya untuk mendapatkan lebih banyak bekalan vaksi.
Israel yang duduk di tanah rampasan dari Palestin itu berkata, pihaknya telah bersetuju untuk membayar 50 peratus lebih mahal dari negara lain - yang kini sudah cukup untuk diberikan kepada rakyatnya berusia lebih dari 16 tahun sehingga hujung bulan Mac 2021.
Israel telah memberi vaksin kepada rakyatnya sebanyak 1.8 juta dalam tempoh tiga minggu. Namun ia tidak membuat sebarang pembelian tambahan sehingga pertengahan November 2021.
Lapor Daily Mail, Israel bersetuju untuk membayar RM245 per dos, berbanding UK yang membayar RM163 per dos.
Baru-baru ini, anggota kanan pemimpin pembangkang mendakwa Kerajaan Israel sanggup membayar lebih untuk 'memotong barisan' bagi mendapatkan vaksin Covid-19.
Jurucakap Pfizer berkata, "Harga kami berdasarkan pada jumlah, komitmen awal, prinsip ekuiti dan kemampuan."
Sementara itu, Netanyahu dengan bangganya berkata bahawa Israel akan menjadi negara (haram) pertama di dunia yang bebas dari Covid-19 sepenuhnya setelah mendapat bekalan baru vaksin dari Pfizer.
Netanyahu berkata, dia telah membuat perjanjian dengan Pfizer untuk terus menghantar bekalan vaksin dan sebagai balasannya, Israel akan memberikan 'data statistik' untuk membantu negara lain menghapuskan Covid-19. - Agensi
from The Reporter https://ift.tt/3idkH9D
via IFTTT
No comments:
Post a Comment