Sudah hampir lapan tahun berada dalam industri hiburan tanah air, pelakon Reen Rahim berkata dia semakin kebal dan sudah lali dengan kecaman netizen kerana berpakaian seksi dan mencolok mata.
Meskipun tidak terpalit dengan kontroversi bercinta dengan suami orang apatah merampas kebahagiaan orang lain, namun Reen mendedahkan dia ditawar hidup mewah untuk dijadikan sebagai perempuan simpanan.
Reen berkata ditawar sebanyak RM32,000 serta sebuah banglo di atas namanya sendiri jika bersetuju untuk memuaskan nafsu golongan VIP. Lebih menjijikkan tawaran tersebut diterima ketika bulan puasa tahun lalu.
“Ingatkan perkara ini tamat sampai situ, tapi masih berlarutan. Baru-baru ini, saya menerima satu tawaran untuk melayani golongan VIP yang ingin menawarkan wang tunai berjumlah RM32,000 dengan hanya melayan nafsu serakahnya selama tiga jam.
“Gila bukan? Bukan wang ringgit sahaja, saya turut ditawarkan sebuah rumah banglo di atas nama sendiri jika menerima tawaran tersebut,” katanya.
Dalam pada itu, Reen berkata imannya masih kuat dan Tuhan masih menjaga hatinya. Ujarnya, dia belum terdesak dan masih waras lagi dalam membezakan baik buruk.
Bagaimanapun, Reen akui mungkin ada yang berani membuat tawaran sedemikian kerana sikapnya yang sering berpakaian seksi yang tidak seiring dengan watak lakonan dibawa.
“Saya adalah saya. Saya tidak pernah salahkan sesiapa dalam apa jua yang berlaku. Saya hidup pun bukan kerana nak puaskan hati orang lain,” katanya.
Sumber: Kosmo Online via Rotikaya
from Sehinggit Media News https://ift.tt/3bkNEPo
via IFTTT
No comments:
Post a Comment