loading...
  • Breaking News

    Sunday, January 10, 2021

    (Video) 2 beranak serang anggota polis ketika beratur untuk jalani ujian saringan Covid-19, dipenjara


    Seorang bapa dan anaknya di China dijatuhkan hukuman penjara kerana memukul anggota polis ketika beratur bagi menjalani ujian saringan Covid-19 yang diwajibkan oleh kerajaan. 


    Terdahulu, lelaki terbabit dikatakan bertengkar dengan individu lain yang memotong barisan sebelum dia dan anak lelakinya menyerang anggota berkenaan yang memakain sut PPE meminta mereka berhenti berbuat demikian minggu lalu. 


    Lelaki itu dijatuhkan hukuman penjara selama 10 bulan, manakala anak lelakinya dipenjara selama setahun. 


    Menurut fakta kes, Lin pada hari kejadian sedang menunggu giliran untuk menjalani ujian saringan Covid-19 di pusat komuniti pada 1 Januari 2021 sebelum berlakunya insiden yang tidak sepatutnya itu. 


    Anggota polis, Song, ditugaskan untuk memastikan keadaan terkawal dan SOP dipatuhi di fasiliti sementara itu di kawasan kejiranan Xinhang. 


    Lin mula bertengkar dengan individu lain yang didakwanya memotong barisan. Apabila Song cuba meleraikan pertengkaran itu, Lin enggan mengikuti arahannya. 


    Keadaan bertambah buruk apabila Lin dan anak lelakinya mula memukul, menolak dan memaki hamun Song.



    Serangan dua beranak itu menyebabkan anggota berkenaan mengalami kecederaan di bahagian muka, bahu dan ibu jari tangan kiri. Sut PPE yang dipakai oleh Song juga koyak. 


    Mahkamah kemudian mendapati Lin bersalah kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas. 


    Laporan mengatakan mahkamah telah menjatuhkan hukuman ringan terhadap dua suspek berkenaan kerana mereka mengaku bersalah dan menyesal dengan perbuatan mereka di mahkamah. - Agensi



    from The Reporter https://ift.tt/39hm0jt
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment