Pasangan sejenis yang berusia 27 dan 28 tahun dikenakan hukuman rotan sebanyak 77 kali di Taman Bustanussalatin, Kota Banda Aceh, Indonesia pada Khamis, 28 Januari 2021. Hukuman itu dilaksanakan di hadapan orang ramai, termasuk ahli keluarga dua lelaki berkenaan.
Difahamkan, dua lelaki itu ditahan oleh Polis Syariah di Banda Aceh setelah didapati melakukan kesalahan itu yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.
Mereka disebat oleh tiga pegawai syariah bertopeng yang bersilih ganti melaksanakan hukuman rotan itu. Jelas kelihatan di wajah dua lelaki terbabit menahan kesakitan ketika dirotan di bahagian punggung dan merayu agar hukuman dihentikan.
Pegawai Syariah sempat berhenti setelah melihat tertuduh yang menahan kesakitan sebelum dihampiri oleh pasukan perubatan memeriksa keadaan kedua-dua lelaki itu. Setelah mereka diberi minum air dan mengatakan masih mampu bertahan, hukuman sebat disambung semula.
Ibu kepada salah seorang tertuduh pengsan ketika melihat anaknya disebat.
Kedua-dua tertuduh disebat sebanyak 77 kali, berbanding jumlah asal 80 sebatan. Tiga sebatan dikurangkan kerana mereka telah menjalani hukuman penjara selama tiga bulan.
Pasangan songsang itu ditangkap di sebuah rumah di Daerah Kuta Alam, Banda Aceh pada 12 November 2020 dalam keadaan sedang melakukan hubungan sejenis selepas diserbu polis yang mendapat aduan dari penduduk berasa curiga dengan perbuatan dua lelaki itu.
Tertuduh yang dikenali sebagai MU didapati seringkali mencari lelaki lain di media sosial untuk melakukan hubungan sejenis.
Turut menjalani hukuman yang sama pada hari itu adlaah empat pesalah lain atas kesalahan minum arak (40 sebatan) dan maksiat.
Seorang tertuduh wanita dihukum sebat sebanyak 17 kali kerana didapati keluar berjumpa dengan teman lelakinya (maksiat).
"Penguatkuasaan hukum syariah adalah muktamad dan tidak kira terhadap sesiapa pun. Bahkan, pengunjung juga perlu menghormati norma setempat," kata pegawai ketenteraman awam, Heru Triwijanarko.
Hubungan sejenis bukan menjadi kesalahan di tempat lain di Indonesia kecuali Aceh yang satu-satunya wilayah yang mengamalkan undang-undang syariah.
Di Aceh, hukuman sebat adalah hukuman biasa bagi pelbagai kesalahan yang meliputi perjudian, minum arak dan zina.
Kumpulan hak asasi manusia seringkali membantah dan menganggap hukuman sebat itu sebagai kejam. Presiden Joko Widodo juga pernah menyeru agar hukuman itu dihentikan. Tetapi hukuman itu diteruskan berikutan mendapat banyak sokongan padu dari penduduk Aceh. - Agensi
from The Reporter https://ift.tt/3t22iBD
via IFTTT
No comments:
Post a Comment