loading...
  • Breaking News

    Wednesday, January 13, 2021

    'You all bull****!' - Owner kereta BMW maki polis, didenda RM3,000


    Dek perangai langsi, seorang lelaki dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang, atas kesalahan memberhentikan kenderaan di dalam petak kuning di hadapan Balai Polis Trafik Pandan Indah. 


    Tertuduh yang memandu kereta jenis BMW itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret yang juga mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda yang dikenakan itu. 


    Mengikut pertuduhan, tertuduh diarahkan untuk berhenti di bahu jalan oleh anggota trafik yang bertugas. Namun tertuduh tidak berpuas hati dan telah mengambil gambar anggota berkenaan. 


    Selain itu, tertuduh enggan menurunkan tandatangan pada saman yang dikeluarkan walaupun anggota berkenaan telah menjelaskan mengenai kesalahan yang dilakukannya. 


    Lebih teruk lagi, tertuduh mula memaki hamun dan melemparkan kata-kata kesat "You all bull****' sambil merakam gambar anggota berkenaan. 


    Dengan bantuan anggota lain, tertuduh ditangkap dan disiasat di bawah kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta mengeluarkan kata-kata kesat. 


    Orang awam dinasihatkan untuk tidak memberhentikan kenderaan di kawasan petak kuning kerana itu merupakan satu kesalahan. Selain itu, orang awam yang menghalang dan melemparkan kata-kata kesat terhadap penjawat awam yang sedang menjalankan tugas boleh dikenakan tindakan undang-undang. 


    Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS



    from The Reporter https://ift.tt/2LJo2RA
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment