loading...
  • Breaking News

    Wednesday, January 13, 2021

    (Video) 'Brand Daging Harimau Menangis kita dah trademark tau' - MyIPO minta Ibu Neelofa jangan mendahului keputusan pihaknya


    Kecoh di media sosial, netizen meluahkan rasa tidak setuju dengan tindakan ibu pengacara popular Neelofa, iaitu Datin Noor Kartini yang dikatakan telah mendaftar trademark perniagaan 'Daging Harimau Menangis'. 


    Difahamkan, produk makanan tersebut merupakan resepi dari Thailand dan produk itu mendapat banyak permintaan tinggi setelah mula diniagakan di pasaran sejak tahun lalu. 


    Berdasarkan video yang dirakam netizen dari Instastory Datin Noor Kartini, beliau memaklumkan nama resepi itu telah didaftarkan dan peniaga yang lain tidak boleh menggunakan nama tersebut. 


    "Daging Harimau Menangis ini, brand ini kita dah trademark tau. 'Harimau Menangis' brand Aunty Tini. 


    "Letaklah Harimau Mengilai ke, Harimau Beranak ke, Harimau Kentut ke," selorohnya dalam video tersebut. 



    Bagaimanapun, netizen tidak bersetuju dan mendakwa nama daging harimau menangis itu sudah berzaman digunakan pelbagai peniaga. Netizen juga menganggap tindakan mendaftarkan nama 'Daging Harimau Menangis' itu juga sebagai menutup periuk nasi orang lain.


    Susulan viralnya isu tersebut, pihak Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) tampil mengeluarkan kenyataan. 


    "MyIPO merasa terpanggil untuk memberi pandangan berkaitan perkara ini. MyIPO ingin menegaskan bahawa permohonan daripada Noor Kartini untuk mendaftarkan jenama Harimau Menangis baru diterima MyIPO pada November 2020 dan ia masih lagi dalam peringkat pemeriksaan. 


    "Sehubungan itu, jenama Harimau Menangis yang dipohon oleh beliau belum lagi diluluskan dan belum menjadi hak eksklusif beliau. 


    "Permohonan beliau sama ada diluluskan ataupun tidak, bergantung kepada hasil pemeriksaan dan pertimbangan MyIPO. Sehubungan itu, Noor Kartini diminta untuk tidak mendahului keputusan MyIPO dengan mendakwa bahawa jenama Harimau Menangis telah didaftarkan sebagai cap dagangan dan menjadi hak ekslusif berliau," kata kenyataan itu. 


    Menyedari perkara itu menjadi perbincangan hangat netizen, Aunty Tini Kitchen juga mengeluarkan kenyataan berikut. 


    "Pihak kami ingin memaklumkan bahawa permohonan tersebut adalah bersifat untuk melindungan penggayaan, susun atur grafik, kod warna dan tulisan perkataan Harimau Menangis pada bungkusan produk. 


    "Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan sebarang produk tiruan dalam pasaran yang boleh menyebabkan masalah kepada jenama pihak kami dan pengguna di luar sana. 



    "Pihak kami tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk menjual produk yang sama selagi ia tidak menyerupai bungkusan produk yang pihak kami pasarkan. Selain itu, pihak kami sentiasa mengamalkan polisi persaingan perniagaan yang sihat. 


    "Pihak kami memohon maaf atas kesilapan kata-kata yang digunakan dalam kandungan video yang tular di media sosial pada malam 12 Januari 2021," kata kenyataan itu.



    from The Reporter https://ift.tt/3bAjOGF
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment