loading...
  • Breaking News

    Tuesday, May 31, 2022

    'Game Roblox bahaya, galak hubungan bebas & adult content bersepah!' - Ibu bapa luah rasa bimbang, tapi benarkan Roblox begitu?



    Golongan kanak-kanak kini dilihat gemar bermain Roblox yang mempunyai pelbagai jenis permainan di dalamnya. Roblox merupakan satu platform dalam talian yang membolehkan penggunanya membentuk atau bermain pelbagai jenis permainan yang dibuat oleh pengguna lain. 


    Persoalan yang sentiasa diajukan oleh ibu bapa, "Adakah Roblox selamat untuk anak-anak?". 


    Pada dasarnya, permainan Roblox adalah selamat untuk kanak-kanak berusia empat tahun ke atas. Walau bagaimanapun, ibu bapa tetap digalakkan mengawal dan memantau anak masing-masing. 


    Tetapi dalam 'ketenangan' itu, pasti ada yang memerhati dan mencari mangsanya terutamanya golongan pedofilia yang sanggup menyamar bagi mendekati mangsa. 


    Seperti yang dikongsi oleh Mohd Fhais Salim baru-baru ini mendakwa permainan Roblox adalah berbahaya dan tidak sesuai untuk kanak-kanak. Malah permainan itu memberi impak negatif kepada otak dan seterusnya memberi kesan berpanjangan sekiranya tidak dibendung dari awal. 


    "Bahaya Roblox yang semua parent kena tahu sebelum bagi anak main. Nampak macam biasa je games budak-budak ini, tapi sebenarnya banyak impak negatif pada otak anak-anak kita.


    "Antaranya, mengajar anak tentang tubuh badan dan isu seksual dengan cara yang salah. Ini bahaya! Games ini menggalakkan hubungan bebas, dengan sesiapa pun boleh. 


    "Bahan kandungan dewasa di dalam games juga tidak terkawal dan bersepah. Ei, seram sungguhlah! Anak-anak belajar perkataan crush, dating, seks dan private part semuanya dalam games ini. Walaupun secara maya, kesannya otak anak-anak kita kena brainwash. Yang salah jadi betul pula. 


    "Sesiapa sahaja boleh main game ini tanpa mengira umur dan jantina. Jadi, tidak mustahil pedofilia pun mencari mangsa dari platform ini. 


    "Banyak lagi bahayanya tetapi tak sanggup nak tulis lagi. Kesimpulannya, janganlah bagi anak bermain games sampah begini," katanya. 


    Bagaimanapun, ada yang tampil menyangkal dakwaan itu dan menjelaskan platform tersebut sangat tegas dalam membanteras sebarang permainan yang mempunyai unsur-unsur tidak dibenarkan. 


    "Tak tepat ni, kenyataan ini tidak tepat dan ditulis secara semberono. Di Roblox, perkataan berunsurkan lucah atau yang sewaktu dengannya tidak akan keluar di bahagian chat jika ditulis. Memang akan terus disekat. Sila periksa sebelum keluarkan kenyataan seperti ini yang boleh mengelirukan ibu bapa, tanpa sebarang tanggungjawab yang ikhlas. 


    "Cuba dulu main Roblox dengan anak-anak. Selami denyut nadi mereka. Apa yang best dengan Roblox ini. Semua perkara di sekeliling kita semakin maju, kita sebagai ibu bapa juga harus seiring belajar benda baru. 


    "Setiap hari saya bermain Roblox dengan anak-anak saya. Malah kami ada akaun masing-masing dan selalu bermain mod multiplayer bersama-sama. Ada pelbagai permainan yang boleh menjana kreativiti kanak-kanak yang tak tercapai sewaktu zaman kita dulu," kata Nurfaiz. 


    Bagi Dila, permainan Roblox bukan semuanya tidak elok. Apa yang perlu diutamakan adalah pemantauan pada anak ketika mereka bermain. 


    "Anak saya main juga tapi di depan saya dan kena selalu pantau. Main pun, dika video call dengan sepupu dia. Jadi, kita dapat dengar apa yang mereka cerita dan main. 


    "Tak semua Roblox seperti ini. Sebab itu gajet anak, kena link dengan phone kita. Jangan biar anak bebas membuka apa saja yang mereka mahu," katanya. - The Reporter



    from The Reporter https://ift.tt/FaTV4WQ
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment