loading...
  • Breaking News

    Friday, July 15, 2022

    Pasangan hina Islam di Crackhouse Comedy Club rayu sumbangan orang ramai untuk bayar wang ikat jamin RM40,000



    Pasangan menghina Islam, Siti Nuramira Abdullah dan teman lelakinya, Alexander Navin Vijayachandran, dilaporkan akan membuat kempen kutipan derma daripada orang ramai untuk membayar wang jaminan RM20,000 bagi setiap seorang selepas mereka gagal menyelesaikan bayaran itu pada Rabu. 


    Menurut peguam pasangan itu, R. Sivaraj berkata, pasukan undang-undang mereka akan melancarkan kempen tersebut bermula hari ini kerana ada sesetengah orang telah menyatakan minat untuk menghulurkan sumbangan. 


    "Ramai orang telah menghubungi kami (peguam) bertanya mengenai sumbangan. Kami mengambil keputusan untuk menubuhkan inisiatif GoFundMe memandangkan tiada apa-apa yang berlaku selepas keluarga dan rakan mereka diberi masa dua hari (untuk mengumpul dana)," katanya. 


    Dia turut mengesahkan Siti Nuramira kini ditahan di penjara Branang, manakala Alexander di penjara Kuala kubu Baru. Kedua-dua mereka sedang menunggu masa untuk dipindahkan ke Penjara Wanita Kajang dan Penjara Sungai Buloh. 


    Sementara itu, seorang peguam syariah telah dilantik untuk Siti Nuramira walaupun pihak berkuasa agama masih belum memfailkan pertuduhan. 


    Bagaimanapun, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, Siti Nuramira akan didakwa di mahkamah syariah mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997. 


    Rabu lalu, Siti Nuramira mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menghasut ketidakharmonian agama semasa membuat persembahan di Crackhouse Comedy Club. Hakim Siti Amirah Ghazali membenarkan dia diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan 18 Ogos depan untuk sebutan semula kes. 


    Alexander, 38, juga membuat pengakuan tidak bersalah ke atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) CMA 1998 kerana memuat naik bahan tidak sensitif ke platform dalam talian dan dibenarkan ikat jamin RM20,000 secara keseluruhan. 


    R. Sivaraj berkata, pasangan itu kini sedang bergelut untuk mengumpul dana yang diperlukan bagi membayar ikat jamin kerana telefon bimbit dan kad bank mereka belum dikembalikan. 


    "Rakan-rakan mereka cuba membantu, tetapi jumlah RM40,000 untuk mereka berdua memerlukan masa," katanya. 


    Sumber: The Vibes



    from The Reporter https://ift.tt/ON8VdSg
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment