loading...
  • Breaking News

    Thursday, July 7, 2022

    'Kehadiran Haqiem Stopa hanya untuk kongsi pengalaman hidup' - Penganjur

    Foto Urusetia Belia Mahir


    Kemunculan pempengaruh TikTok, Haqiem Stopa, sebagai penceramah motivasi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Besi baru-baru ini mengundang reaksi negatif netizen. 


    Penganjur program Cerita Orang Gagal (COG), Rizal Hasan, bagaimanapun tampil menjelaskan, Haqiem dijemput untuk berkongsi pengalaman hidupnya untuk dijadikan sebagai tauladan kepada para pelajar. 


    Jelasnya, program COG merupakan perkongsian individu mengenai memberi peluang kedua kepada diri untuk berkembang melampaui kegagalan masa lalu dan menyesuaikan sikap positif terhadap kemungkinan masa depan. 


    "COG telah banyak menjelajah ke seluruh negara dengan menampilkan bekas pesalah juvana, bekas banduan, bekas kepulihan dadah dan sesiapa sahaja yang melalui kegagalan yansg teruk untuk berkongsi pengalaman hidup. 


    "Tahun ini, COG bicarakan mesej mengenai 'Buli itu jenayah' dan kami tampilkan seorang bekas pembuli yang juga mempunyai masa lalu yang negatif, kemudian jalani hukuman di Sekolah Hurney Gurney. 


    "Turut dibawa sama ialah individu yang telah dan sedang dibuli di alam maya atau lebih dikenali dengan perkataan 'kecam', salah satu kaedah buli yang popular di kalangan masyarakat kita. 


    "Di penghujungnya, jika anda dalam kalangan orang berjaya mungkin akan terdorong untuk memberi khidmat bakti kepada masyarakat dan jika anda dalam kalangan yang gagal, akan rasa diri anda tidak keseorangan dalam menghadapi ranjau kehidupan ini," katanya. 


    Dua hari lalu, netizen mempertikaikan tindakan pihak sekolah menjemput Haqiem Stopa sebagai penceramah motivasi, sedangkan lebih ramai lagi yang berkelayakan untuk dijemput. 


    Walaupun ramai yang tidak bersetuju, ada segelintir netizen berkata tiada salahnya Haqiem Stopa berbuat demikian kerana setiap individu mempunyai pengalaman hidup yang mungkin boleh dikongsikan bersama untuk dijadikan sebagai pengajaran kepada anak-anak muda. 


    Sumber: Facebook Cerita Orang Gagal



    from The Reporter https://ift.tt/o1wlEke
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment