loading...
  • Breaking News

    Tuesday, July 19, 2022

    (Video) 'Harap nanti baby aku ada iras Haqiem Stopa' - Gegadis TikTok menggeletis bila dapat tahu 'Ikon Permotoran' pergi buat lesen



    'Ikon permotoran', gelaran yang diberi oleh Mat Jargon kepada Haqiem Stopa, sekali lagi menjadi bahan bualan di media sosial selepas tular gambar influencer berkenaan disaman polis trafik. 


    Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim mengesahkan pihaknya telah mengeluarkan saman terhadap Haqiem Stopa atas kesalahan memandu kenderaan jenis Audi tanpa lesen dan plat nombor kenderaan yansg tidak mengikut spesifikasi. 


    Hal itu membuatkan netizen 'tergelak' memandangkan Haqiem Stopa atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, sebelum ini selalu memuat naik video di media sosial yang seakan-akan menunjukkan dirinya pakar dalam bidang permotoran. 


    Menyedari dirinya dikecam hebat ekoran penularan gambar saman tersebut, Haqiem memuat naik video terbaru di TikTok menunjukkan dirinya sedang menolak bagasi dengan kapsyen pesanan kepada netizen untuk tidak berterusan mengecamnya kerana mereka tidak tahu betapa sukarnya dia mahu berubah. 


    "Semua orang ada sisi gelap masing-masing. Ada sesetengah orang mempunyai kisah silam dan rahsia mereka sendiri. Tolong jangan menilai mereka kerana korang tak tahu betapa berusahanya mereka untuk berubah dan memperbaiki diri mereka," katanya. 


    Dalam ruangan komen pula, Haqiem Stopa meninggalkan komen, "Nak pergi buat lesen, byee!!!". 


    @haqiemstopa Dua situasi sama ada terpaksa atau rela ?aku pilih rela ✨🤙🏻👇🏻 #haqiemstopa #fyp #fypシ #matrempit ♬ original sound - Haqiem_stopa


    Sementara itu, ada segelintir individu menasihatkan netizen tidak membahan Haqiem Stopa secara keterlaluan kerana khuatir perkara yang sama mungkin akan terjadi pada diri sendiri di kemudian hari. 


    "Baik kita diam-diam je daripada berkata bukan-bukan. Kita belum tahu lagi apa yang akan terjadi kepada kita nanti. Ini ujian dia," kata Aiman. 


    "Abang Haqiem Stopa, saya sentiasa respect cara abang. Memang idola saya. Biarkan mulut orang, saya doakan abang dimurahkan rezeki dan sihat selalu. Amin," kata U'r Boyf. 




    "Aku ni minat betul dengan Haqiem Stopa niey. Minat dengan segi cara dia tu sempoi je. Harap-harap nanti beby aku keluar nanti ada iras-iras dia ni," kata FieqahDungun94. 

    from The Reporter https://ift.tt/bjkHCIY
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment