loading...
  • Breaking News

    Thursday, July 14, 2022

    Ibu jual bayinya berusia 5 hari untuk biayai kos pembedahan hidung



    Seorang wanita Rusia didakwa menjual bayinya yang baru dilahirkan dengan harga RM15,000 hanya kerana dia memerlukan wang untuk membiayai kos pembedahan hidung. 


    Wanita berusia 33 tahun yang tidak didedahkan namanya itu berasal dari Dagestan, selatan Rusia, terdahulu memberitahu rakannya bahawa dia tidak mahu membela anaknya lagi.


    Dia kemudian diperkenalkan dengan pasangan suami isteri yang berminat untuk mengambil anaknya berusia lima hari itu (dilahirkan pada 25 April 2022) sebagai anak angkat dan membuat pembayaran kira-kira RM15,000.


    Namun masalah mula timbul apabila bayi itu memerlukan rawatan di hospital dan pegawai perubatan meminta sijil kelahirannya untuk tujuan dokumentasi. Pasangan itu kemudian kembali berjumpa dengan ibu kandung bayi berkenaan untuk meminta sijil kelahiran. 


    Di kesempatan itu, si ibu mengenakan bayaran RM7,586  sekiranya mereka mahukan sijil tersebut. Jelas wanita itu, dia berbuat demikian kerana dia tidak mempunyai pekerjaan, tiada tempat tinggal dan memerlukan wang untuk meneruskan hidup. Malah, dia akan menggunakan wang itu untuk membiayai kos pembedahan hidung untuk menangani masalah pernafasannya. 


    Belum sempat pembayaran dibuat, polis telah menahan mereka semua atas pertuduhan terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia. 


    Dalam keterangan kepada polis, pasangan itu menjelaskan, "Ibu kandung dia enggan meninggalkan anaknya di hospital. Dia tidak mampu menyara anaknya, jadi saya ambillah anak dia," katanya. 


    Sumber: Daily Mail



    from The Reporter https://ift.tt/zVqlMhi
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment