loading...
  • Breaking News

    Tuesday, July 12, 2022

    'Nama dia tiada dalam senarai' - Tajuddin digugurkan sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia?

    Foto The Vibes


    Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman, yang sebelum ini dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia, telahpun digugurkan dari jawatan itu menurut sumber kerajaan, lapor Free Malaysia Today. 


    Ini berikutan nama Tajuddin tidak termasuk dalam senarai terbaru penerima watikah pelantikan diplomat ke luar negara daripada Yang di-Pertuan Agong hari ini, susulan kerajaan 'berubah hati' berhubung pelantikannya. 


    "Sebab itu nama dia tak dimasukkan dalam senarai utusan terbaharu yang akan terima surat watikah daripada Yang di-Pertuan Agong esok (hari ini)," kata sumber berkenaan. 


    Walau bagaimanapun, portal The Malaysian Insight pula melaporkan sebaliknya di mana Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata pelantikan Tajuddin masih di 'landasan betul' dan surat watikah hanya ditangguhkan. 


    Media kemudian cuba menghubungi Tajuddin untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu, tetapi beliau enggan mengulas lanjut dan meminta media merujuk isu itu kepada Wisma Putra. 


    "Tiada komen. Tanyalah Kementerian Luar ke, tanya Perdana Menteri ke, saya mana tahu," katanya. 


    Sebelum ini, rakyat membantah keputusan kerajaan melantik Tajuddin sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia kerana dikhuatiri akan mencemarkan imej Malaysia susulan tindakannya pernah mencetuskan beberapa kontroversi.


    Tetapi, Perdana Menteri Ismail Sabri pula mempertahankan keputusan itu dan mendakwa mana-mana pihak yang membantah keputusan itu ibarat mempertikaikan kuasa Agong yang terdahulu telah memperkenan pelantikan Tajuddin. 


    Sumber: Free Malaysia Today



    from The Reporter https://ift.tt/Kku0lZN
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment